Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dianggotai


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERSATUAN ULAMA MALAYSIA

Persatuan Ulama Malaysia ialah persatuan

yang dianggotai golongan ulama di Malaysia.

Persatuan ini ditubuhkan pada 20 November 1974,

di Kolej Islam Kelang, Selangor.

UMUM 
TABUNG KEWANGAN ANTARABANGSA (IMF)

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)

ialah pertubuhan yang dianggotai lebih daripada

150 buah negara yang berusaha untuk menubuhkan

satu sistem pembayaran dan perdagangan

antarabangsa yang cekap. IMF berusaha untuk

membantu negara anggota mencapai pertumbuhan

ekonomi yang pantas, tahap guna tenaga yang

tinggi dan meningkatkan taraf hidup. IMF bertindak

sebagai agensi perunding kewangan antarabangsa

dan masalah hutang. Anggota pertubuhan ini

bekerjasama untuk mengekalkan persetujuan

pertukaran yang teratur antara negara.

IMF ditubuhkan selepas Persidangan Bretton

Woods pada tahun 1944. Ia mula beroperasi pada

tahun 1947 dengan tabung kewangan bernilai AS$9

bilion dalam bentuk mata wang dan emas. IMF

menggunakan tabung itu untuk membantu negara

anggota untuk menyelesaikan masalah imbangan

pembayaran. Pada tahun 1969, IMF mengadakan

sejenis aset simpanan yang dikenali sebagai Hak

Pengeluaran Khas (SDR – Special Drawing Rights)

sebagai tambahan kepada simpanan mata wang dan

emas antarabangsa. Sehingga awal tahun 1990-an,

IMF mempunyai aset bernilai lebih kurang AS$120

bilion.

UMUM 
ROTARY INTERNATIONAL

Rotary International ialah pertubuhan sedunia

bagi semua Kelab Rotary. Kelab Rotary dianggotai

oleh sekumpulan pemimpin masyarakat daripada

pelbagai bidang pekerjaan atau perniagaan.

Pertubuhan ini menyelaras kelab ahli dan bekerja

untuk membangunkan kelab ini. Ahlinya

mengadakan khidmat kemanusiaan, menggalakkan

tahap etika yang tinggi dan menolong membina

keharmonian dan keamanan di dunia.

UMUM 
TARIAN DATARAN

Tarian dataran ialah sejenis tarian rakyat di

Amerika Utara yang dilakukan secara berkumpulan

yang dianggotai oleh empat pasang penari.

Pasangan ini boleh menari mengikut susunan segi

empat ataupun dalam susunan bulatan yang

dikenali sebagai set larian . Mereka juga boleh

menari berbaris memanjang , dengan dua baris

pasangan bertentangan.

UMUM 
KIWANIS INTERNATIONAL

Kiwanis International ialah sebuah organisasi

antarabangsa kelab tempatan yang dianggotai

oleh ahli lelaki dan wanita yang berminat terhadap

kerja amal untuk masyarakat. Kelab Kiwanis ini

terdapat di 80 buah negara di seluruh dunia.

UMUM 
AGENSI TENAGA ANTARABANGSA (INTERNATIONALENERGY AGENCY–IEA)

Agensi Tenaga Antarabangsa (International

Energy Agency -IEA) ialah organisasi yang

dianggotai 21 buah negara pengimport minyak

yang utama. Ia bertindak sebagai agensi bebas

dalam Organisasi untuk Kerjasama Ekonomi dan

Pembangunan (OECD–Organization for Economic

Cooperation and Development). Anggota IEA

saling berusaha untuk mengurangkan

pergantungan pada minyak dengan menggalakkan

penjimatan penggunaan minyak dan memajukan

sumber tenaga alternatif.

UMUM 
KELUARGA DIRAJA

Keluarga diraja ialah anggota keluarga raja

berperlembagaan yang memerintah, – iaitu raja,

ratu, maharaja, maharani, sultan, amir, atau raja

berdaulat yang lain. Keluarga diraja dianggotai oleh

seorang raja yang berkuasa dalam sebuah negara,

dan juga anggota keluarganya yang terdekat – isteri

atau suami, anak, cucu, adik-beradik dan ibu bapa.

Keluarga diraja tidak semestinya sama dengan

keluarga pemerintah sesebuah negara (mereka

yang berkuasa ke atas sesebuah kerajaan). Di

kebanyakan negara – United Kingdom contohnya–

raja adalah ketua negara tetapi tidak memainkan

sebarang peranan dalam pentadbiran kerajaan.

Sesetengah keluarga pemerintah yang menguasai

kerajaan pula tidak semestinya berdarah raja.

Contohnya, keluarga pemerintah negara Kuwait

bukanlah berdarah raja. Keluarga sebegini biasanya

tidak mempunyai asal usul dari keturunan

bangsawan sejak zaman nenek moyang lagi.

UMUM 
MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU

Majlis Raja-raja Melayu ialah badan

penasihat yang bertindak sebagai pelindung

institusi raja, keistimewaan kemuliaan dan

kehormatan raja-raja Melayu. Ia dianggotai oleh

raja atau sultan Tanah Melayu.

UMUM 
YOUNG MEN’S CHRISTIAN ASSOCIATION (YMCA)

Young Men’s Christian Association

(YMCA) (Pertubuhan Pemuda Kristian) ialah

pertubuhan sukarela tanpa keuntungan yang

terbesar di dunia. Pertubuhan ini dianggotai oleh

25 juta ahli dari lebih 90 buah negara.

UMUM 
SURUHANJAYA DIRAJA

Suruhanjaya Diraja (Royal Commission) ialah

badan yang dilantik oleh raja British bagi

menjalankan sesuatu siasatan. Matlamatnya

ditentukan oleh bidang kuasa yang diberikannya

bagi sesuatu penyiasatan. Ia dianggotai oleh

beberapa orang yang tidak dibayar gaji.

Penyiasatan yang dilakukannya boleh merangkumi

penguatkuasaan undang-undang, aduan, suasana

yang wujud dalam industri atau hal-hal yang

berkaitan pendidikan, dan sosial. Hasil siasatan

dilaporkan kepada setiausaha dalam negeri.

Suruhanjaya Diraja tidak boleh memaksa sesuatu

dokumen atau sebarang bukti diberikan kepadanya

kecuali ia mempunyai kuasa khusus yang diberikan

oleh Akta Parlimen bagi tujuan tersebut. Di

Australia dan New Zealand, pihak kerajaan akan

meminta gabenor jeneral atau gabenor negeri

untuk melantik seseorang bagi membentuk

Suruhanjaya Diraja dan membuat laporan.

UMUM 
123

Kembali ke atas