PERKHEMAHAN PENULIS KANAK-KANAK | Kegiatan sastera yang dianjurkan untuk kanak-kanak. | SASTERA | Kegiatan |
PERTUNJUKAN DIRAJA EASTER | Pertunjukan Diraja Easter yang dianjurkan oleh Persatuan Pertanian Diraja di New South Wales, Australia , adalah pameran pengeluaran pertanian, penternakan, tenusu perindustrian dan komersial. Tapak pertunjukan meliputi 28.75 hektar di Moore Park, Sydney. Pertunjukan pertandingan lembu, kambing, kuda, babi, anjing, kucing, ayam itik, bunga- bungaan, sayur-sayuran, seni dan kraf tangan, menarik banyak penyertaan. | UMUM | |
SAYEMBARA MENCIPTA LAGU PUISI DBP/DBKL | Pertandingan mencipta lagu yang dianjurkan oleh DBP/DBKL. | SASTERA | Kegiatan |
SUKAN PAN AMERIKA | Sukan Pan Amerika ialah rangkaian pertandingan olahraga yang berorientasikan Sukan Olimpik dan dianjurkan oleh Pertubuhan Sukan Pan Amerika yang terdiri daripada 38 buah negara Hemisfera Barat. Sukan ini biasanya diadakan setiap empat tahun sekali. Lihat juga Sukan Olimpik. | UMUM | |
SUKAN PARALIMPIK | Merupakan sukan terbesar yang melibatkan penyertaan atlet kurang upaya dengan pelbagai acara yang dipertandingkan. Ia diadakan di tempat dan tahun yang sama berlangsungnya Sukan Olimpik. Sukan ini pertama kali dianjurkan pada tahun 1948 oleh Sir Ludwig Guttman dan ia dikenali sebagai Stroke Mandeville Games. Sukan ini pada awalnya dinamai demikian kerana ia disertai oleh veteran Perang Dunia Kedua yang mengalami kecederaan pada tulang belakang. Badan antarabangsa yang mengawal selia sukan ini ialah International Paralympic Committee (IPC). Di Malaysia‚ ia dipertanggungjawabkan kepada Majlis Paralimpik Malaysia (Malaysian Paraliympic Council ) | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
SIENA | Siena (pend. 61 888) terletak di atas bukit di Tuscany berhampiran Florence, Itali (lihat Itali [peta politik]). Medan pusatnya, Piazza del Campo, terkenal pada peringkat antarabangsa. Dewan bandar rayanya terletak bertentangan medan pusat bandar tersebut. Perlumbaan kuda yang dianjurkan oleh daerah di bandar itu yang dikenali sebagai Palio berlangsung di medan bandar ini setiap tahun. Katedral Goth Siena dibina daripada marmar hitam putih, ialah satu daripada katedral Zaman Pertengahan yang terkenal di Eropah. Siena mempunyai universiti yang bertarikh dari tahun 1200-an. Bandar ini ialah tempat lahir Saint Catherine, santo penaung di Itali. Lihat juga Simone Martini. | UMUM | |
SEMINAR DAN KONGRES BAHASA INDONESIA | SEMINAR DAN KONGRES BAHASA INDONESIA, pertemuan kebahasaan di Indonesia. Pertemuan ini menghasilkan sejumlah keputusan garis panduan yang penting, dipelopori oleh tokoh wartawan dan Pujangga Baru yang turut mewujudkan Kongres Bahasa yang pertama di Surakarta pada tahun 1938. Kongres Bahasa yang kedua dianjurkan oleh pihak kerajaan di Medan pada tahun 1954, dan Kongres Bahasa yang ketiga hingga yang keenam dianjurkan oleh Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa di Jakarta pada tahun 1978, 1983, 1988 dan 1993. | BAHASA | Kegiatan |
KONGRES DAN SEMINAR BAHASA INDONESIA | KONGRES DAN SEMINAR BAHASA INDONESIA, pertemuan kebahasaan di Indonesia yang telah menghasilkan sejumlah keputusan dasar dan garis panduan yang penting untuk pembinaan dan pengembangan bahasa Indonesia. Pertemuan ini dipelopori oleh tokoh-tokoh wartawan dan Poedjangga Baroe yang menganjurkan Kongres bahasa yang Kedua dianjurkan oleh kerajaan Indonesia di Medan pada tahun 1954, dan Kongres Bahasa yang Ketiga hingga yang Kelima dianjurkan oleh Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa dan di Jakarta pada tahun 1978, 1983 dan 1988. | BAHASA | Bahasa |
KONGRES KEBANGSAAN MELAYU | KONGRES KEBANGSAAN MELAYU, kongres yang dianjurkan oleh orang Melayu menentang cadangan Perlembagaan merdeka yang dikemukakan oleh Perikatan dan suruhanjaya Reid. Kongres ini diadakan pada 4 Mei 1957. Suruhanjaya Reid yang dibentuk oleh British untuk merangka Perlembagaan Merdeka Tanah Melayu pada tahun 1956 menggunakan cadangan perlembagaan Perikatan. Perikatan dianggotai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Malayan Chinese Association (MCA) dan Malayan Indian Congress (MIC). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
NOMA CONCOURS FOR PICTURE BOOK ILUSTRATIONS | Noma Concours for Picture Book Illustrations, peraduan ilustrasi buku bergambar yang dianjurkan oleh Asia/Pacific Cultural Centre for UNESCO (ACCU). | SASTERA | Kegiatan |