MINYAK EUKALIPTUS | Minyak eukaliptus diperoleh daripada daun eukaliptus. Kegunaannya yang paling terkenal ialah sebagai ubat sapu dan semburan hidung bagi mereka yang menghidapi selesema. Minyak diasingkan daripada daunnya melalui penyulingan stim. | UMUM | |
SPALLANZANI, LAZZARO | Spallanzani, Lazzaro (1729–1799) ialah ahli eksperimen biologi Itali yang membuktikan bahawa udara membawa hidupan seni. Dia juga membuktikan bahawa hidupan seni di dalam makanan boleh dibunuh apabila direbus. Spallanzani adalah orang pertama menyaksikan sel bakteria yang diasingkan membahagi. Dia mendapati bahawa kelawar, walau pun buta, dapat mengelak tali apabila terbang, dan cicak salamander boleh mengeluarkan anggota baru untuk mengganti anggota yang rosak. Dia lahir di Scandiano, dan mengabdikan diri kepada Gereja Roman Katolik. Dia menjadi pengajar di University of Padua. | UMUM | |
BRAN | Bran ialah kulit keras luar isi barli, jagung, beras, gandum, dan bijian bijirin yang lain. Bran biasanya diasingkan daripada isi semasa mengilang. Bran mempunyai kandungan serat yang tinggi. Ia juga mengandungi zat besi, niasin dan vitamin B yang lain, fosforus, protein dan kanji. | UMUM | |
MINYAK MINERAL | Minyak mineral ialah cecair yang jernih, tidak berwarna, dan berminyak yang hampir tiada rasa atau bau. Ia juga dinamakan parafin cecair, petrolatum cecair, minyak mineral putih, dan minyak parafin putih . Minyak mineral digunakan dalam sediaan ubatan dan kosmetik seperti julap dan tonik rambut. Ia juga digunakan sebagai pencair (pelarut) dalam pembuatan plastik, dan sebagai pelincir dalam operasi perindustrian. Minyak mineral diperoleh apabila pecahan (bahagian yang diasingkan) petroleum dididihkan pada 316C hingga 399C. | UMUM | |