| PASTRI | Pastri dibakar daripada doh yang keras, pendek yang pada dasarnya terdiri daripada tepung, garam, lelemak, dan air. Doh ini dibakar menjadi pastri biasa, pastri berkelopak, atau pastri paf. | UMUM | |
| KARBURETOR | Karburetor ialah sebahagian daripada enjin petrol. Ia membekalkan campuran wap petrol dan udara yang dibakar di dalam silinder enjin. | UMUM | |
| DUPA | Dupa ialah campuran gam dan balsam yang berbau wangi. Dupa mengeluarkan bau harum yang lembut apabila dibakar. | UMUM | |
| MENTEGA | Mentega ialah bahan makanan yang lazat disapu pada roti. Mentega juga digunakan untuk menggoreng makanan dan sebagai bahan dalam makanan yang dibakar. Mentega terdiri daripada lemak mentega, sejenis lemak yang berasal daripada susu dan krim. | UMUM | |
| TERRACOTTA | Terracotta ialah sejenis barang tembikar yang keras dan tahan lama. Seperti barang tembikar yang lain, terracotta dibuat daripada sejenis tanah liat yang dibakar. Warnanya berbagai-bagai, iaitu daripada warna kuning pucat dan warna coklat hinggalah kepada berbagai-bagai warna merah. Terracotta biasanya tidak diglis. Terracotta digunakan dengan meluas untuk membuat pasu bunga, air pancut, jubin, hiasan seni bina, dan arca hiasan taman. Oleh sebab terracotta mudah dibentuk, ramai pengarca menggunakannya untuk membuat model awal. Terracotta berkembang pada zaman prasejarah. Orang Yunani dan Rom purba menggunakan bahan ini untuk membuat objek hiasan, di samping talang, paip, dan bahan binaan lain. Perkataan terracotta berasal daripada perkataan Itali yang bermaksud “tanah masak”. | UMUM | |
| SETANGGI | Setanggi ialah resin gam yang wangi yang didapati daripada pokok tertentu yang tumbuh di Afrika dan Asia. Ia juga dikenali sebagai olibanum . Pada zaman dahulu, setanggi dibakar sebagai dupa dalam upacara keagamaan. Kitab Bible menyatakan bahawa seorang daripada pendeta telah menghadiahkan setanggi kepada Jesus (Matt. 2). | UMUM | |
| KUASA AIR | Kuasa air ialah sumber tenaga yang bernilai. Apabila bahan api seperti batu arang, minyak, dan bahan api nuklear telah dibakar sebagai sumber tenaga, ia tidak boleh digunakan semula. Tetapi air yang digunakan sebagai sumber tenaga tidak habis digunakan. Air yang mengalir berterusan di bumi boleh dimanfaatkan untuk mengeluarkan tenaga mekanikal dan tenaga elektrik yang berguna. | UMUM | |
| SUTTEE | Suttee merupakan adat Hindu yang lazim diamalkan di India. Perkataan suttee berasal daripada perkataan Sanskrit sati, yang bermakna isteri setia. Mengikut amalan ini, apabila seorang suami meninggal dunia, balunya merelakan dirinya atau dipaksa untuk mati. Biasanya dia dibakar bersama mayat suaminya atau bersama barang-barang pakaian suaminya. | UMUM | |
| BINGKA | BINGKA, sejenis kuih yang dibakar. Bingka atau bengkang biasanya diperbuat daripada campuran tepung, santan, gula pasir dan bahan lain seperti pisang, jagung dan labu. Ada juga bingka yang diperbuat daripada roti, ubi kayu dan kentang yang tidak menggunakan tepung. Ada pembuat bingka yang menggantikan santan dengan susu, gula pasir dengan gula merah atau gula melaka. | BUDAYA | Makanan |
| MONTGOLFIER BERSAUDARA | Montgolfier bersaudara ialah pembuat kertas Perancis yang mencipta belon udara panas. Jacques Étienne Montdolfier (1745–1799) dan Joseph Michel Montgolfier (1740–1810) menjalankan eksperimen dengan beg besar yang berisi gas panas yang dihasilkan oleh benang bulu biri-biri dan jerami yang dibakar. | UMUM | |