| SINARAN | Sinaran ialah tenaga yang dibebaskan dalam bentuk gelombang atau zarah jirim yang kecil. Sinaran terdapat di seluruh alam semesta dan wujud dalam banyak bentuk. Kebanyakan orang pernah mendengar tentang sinar-x, sinar gama dan sinaran daripada reaktor nuklear. Jenis sinaran ini sering dianggap sebagai bahaya terhadap kesihatan, walaupun sinar-x dan sinar gama juga mempunyai kegunaan yang bernilai dalam perubatan. Tetapi, terdapat banyak bentuk sinaran yang lain. | UMUM | |
| ZARAH BETA | Zarah beta ialah elektron yang dibebaskan oleh nukleus atom radioaktif apabila terjadi transformasi nuklear. Kebanyakan zarah beta bercas negatif dan terbentuk apabila neutron bertukar kepada proton. | UMUM | |
| PLEBIAN | Plebian ialah golongan rakyat biasa pada zaman awal Republik Rom. Plebian termasuk hamba yang dibebaskan, petani, dan orang di bawah tanggungan golongan aristokrat. Tidak diketahui bagaimana mula berlaku perbezaan antara plebian dan golongan aristokrat, tetapi perbezaan telah wujud pada awal tahun 500 S.M. | UMUM | |
| LIBERIA | Liberia ialah sebuah negara di pantai barat Afrika. Ia merupakan negara merdeka yang kedua tertua di dunia yang kebanyakan penduduknya terdiri daripada warganegara kulit hitam. Negara merdeka yang tertua ialah Haiti. Liberia ditubuhkan pada tahun 1822 oleh hamba abdi yang telah dibebaskan dan dihantar ke sini oleh masyarakat penjajah di Amerika Syarikat. Hamba abdi yang dibebaskan ini disertai oleh hamba abdi lain yang dibebaskan daripada kapal hamba abdi yang menuju ke Amerika Syarikat. Nama Liberia berasal daripada perkataan Latin yang bermakna Tanah Bebas. | UMUM | |
| MACDONALD, FLORA | MacDonald, Flora (1722–1790), menjadi serikandi Scotland kerana membantu Putera Charles Edward Stuart melarikan diri ke Pulau Skye selepas kekalahannya di Culloden, Scotland pada tahun 1746. Mengikut sejarah, dia telah memujuk putera tersebut supaya menyamar diri dengan berpakaian perempuan. Apabila terserempak, MacDonald menyatakan bahawa putera itu ialah pembantunya. Kerana peranannya dalam penyamaran itu, dia dipenjarakan di Tower of London. Dia dibebaskan pada tahun 1747. MacDonald menjadi terkenal dan banyak memperoleh wang daripada para peminatnya. | UMUM | |
| MACARTHUR, JOHN | Macarthur, John (1767–1834), mengasaskan industri bulu biri-biri di Australia. Dia tiba di New South Wales pada tahun 1790, sebagai pegawai tentera British. Pada waktu itu kerajaan British menganggap koloni tersebut semata-mata sebagai sebuah petempatan penal dan peneroka yang tiba terpaksa berusaha sendiri untuk menampung hidup mereka. Macarthur mempunyai wawasan yang berbeza. Dia percaya bahawa peneroka yang telah dibebaskan boleh mengembangkan perdagangan dan pertanian di New South Wales dan menjadikan diri mereka dan koloni tersebut kaya. Dia berpegang kuat kepada kepercayaan ini dan berjuang untuk menjayakannya sepanjang hidupnya. Dia berjuang tanpa kompromi dan dengan perasaan yang sombong. Akibatnya, dia mempunyai sedikit sahabat dan banyak musuh. | UMUM | |
| THORPE, JEREMY | Thorpe, Jeremy (1929– ) ialah ketua Parti Liberal dari tahun 1967 hingga tahun 1976. John Jeremy Thorpe lahir di London dan mendapat pendidikan di Amerika Syarikat serta Eton College dan Oxford University, England. Pada tahun 1954, Thorpe lulus sebagai barrister . Dia menjadi ahli Parlimen dari parti Liberal bagi kawasan Devon Utara pada tahun 1959. Pada tahun 1979, Thorne dibebaskan daripada tuduhan berkomplot untuk membunuh kawan lamanya, Norman Scott. Thorpe kehilangan kerusi Parlimen semasa pilihan raya tahun 1979. | UMUM | |
| CERITA DARI BLORA | CERITA DARI BLORA, kumpulan cerpen Pramoedya Ananta Toer yang diterbitkan pada tahun 1952. Kumpulan ini mengandungi 11 buah cerpen yang hampir kesemuanya dihasilkan oleh Pramoedya pada tahun 1950, iaitu setelah beberapa bulan dia dibebaskan daripada tahanan. Dalam kata pengantarnya, H.B. Jassin menyatakan bahawa kesedaran yang terdapat pada diri pengarang, mendorongnya mencipta dan mengabadikan sesuatu sebagai kenang-kenangan kepada yang tinggal. Selain itu, terdapat unsur-unsur pengalaman dan kenangan autobiografi dalam kumpulan ini yang dapat dilihat melalui latar belakang sejarah dan kemasyarakatan yang begitu luas. | SASTERA | Karya |
| KALORIMETER | Kalorimeter, peranti untuk mengukur kuantiti haba yang diserap atau dibebaskan oleh sesuatu tindak balas kimia. | KIMIA | Alat/Alatan |
| ‘ABDULLAH IBN JAHSY | ‘Abdullah ibn Jahsy (? –3 H./? –625 M.), sahabat besar dan termasuk golongan yang terawal menerima Islam. Nama penuhnya ialah ‘Abdullah ibn Jahsy al-Asadiy, saudara Zaynab bin Jahsh Umm al-Mu’minin. Dia berhijrah ke Habsyah dan ke Madinah. Dia turut serta dalam Perang Badar dan menjadi anggota mesyuarat Rasulullah SAW bersama-sama dengan Abu Bakar dan ‘Umar dalam menentukan kedudukan tawanan perang tersebut. Rasulullah SAW telah menghantarnya mengetuai kumpulan tawanan perang yang dibebaskan. Dia juga turut serta dalam Perang Uhud dan mati syahid. Dia dikebumikan bersama-sama bapa saudaranya Hamzah ibn Abd al-Muttalib dalam satu liang lahad. | UMUM | |