KAWASAN HIJAU | Kawasan hijau di United Kingdom, ialah kawasan tanah berhampiran dengan bandar, yang tidak dibenarkan dibina bangunan kecuali dalam keadaan tertentu. | UMUM | |
EDAH | Edah iaiah satu tempoh yang dihabiskan oleh seseorang perempuan selepas dijatuhi talak atau kematian suami. Sepanjang tempoh ini dia tidak dibenarkan berkahwin dengan orang lain. | UMUM | |
PYRAMUS DAN THISBE | Pyramus dan Thisbe adalah sepasang kekasih dalam legenda purba. Pyramus dan Thisbe hidup berjiran di Babylon. Mereka jatuh cinta, tetapi ditentang oleh ibu bapa kedua-dua pihak. Mereka tidak dibenarkan berkahwin ataupun bergaul sesama sendiri. Mereka terpaksa bercakap melalui rekahan dinding di antara rumah mereka. | UMUM | |
NAGASAKI | Nagasaki (pend. 444 599) ialah sebuah bandar di Jepun yang mempunyai hubungan yang paling lama dengan orang Barat. Pelabuhannya telah dibuka kepada perdagangan asing pada tahun 1571. Selepas tahun 1637, ia merupakan satu- satunya pelabuhan di Jepun yang dibuka kepada orang Barat untuk tujuan perdagangan. Pedagang Belanda dibenarkan untuk membina pos perdagangan di pelabuhan ini dan sebuah kapal Belanda dibenarkan berhubung dengan pos tersebut sekali dalam setahun. Pada tahun 1857, Nagasaki merupakan salah satu daripada enam pelabuhan di Jepun yang dibuka kepada pedagang asing. | UMUM | |
SALVAJ | Salvaj ialah wang atau barangan yang dibayar kepada sesiapa yang menyelamatkan kapal atau kargo yang ditinggalkan di laut. Bantuan yang diberikan kepada kapal yang berada dalam keadaan kecemasan atau bahaya dikenali sebagai perkhidmatan salvaj. Salvaj dibenarkan bagi tindakan yang dilakukan di laut lepas tetapi di sesetengah negara, mahkamah juga membenarkan salvaj kerana menyelamatkan barangan, kapal, atau hidupan di perairan pedalaman. | UMUM | |
SAINT-SIMON, COMTE DE | Saint-Simon, Comte de (1760–1825) ialah pengasas sosialisme Perancis. Cita-citanya ialah menjadikan kemanusiaan yang lebih baik. Dia berhasrat melahirkan sebuah masyarakat baru yang semua orang bekerja dan akan menerima ganjaran setimpal dengan tenaganya. Tiada siapa dibenarkan mewarisi kekayaan dan semua individu akan memulakan kehidupannya atas dasar sama rata. Saint-Simon mahu menyandarkan teori sosialnya itu pada bukti saintifik, tetapi kesimpulan yang dibuatnya tidak sistematik. | UMUM | |
BIGAMI | Bigami ialah perbuatan salah yang dilakukan oleh lelaki atau wanita dengan berkahwin dua (atau lebih) pada satu masa. Di beberapa negara, berkahwin lebih daripada seorang pada satu masa dibenarkan. | UMUM | |
RIBA | Riba ialah caj faedah pada kadar yang tinggi, yang dikenakan ke atas wang yang dipinjam. Di sesetengah negara, riba ditafsirkan sebagai caj faedah yang dikenakan melebihi daripada kadar maksimum yang sah di sisi undang-undang. Orang perseorangan atau institusi yang mengenakan kadar yang lebih daripada yang dibenarkan di sisi undang-undang dikenali sebagai pemakan riba . | UMUM | |
PULAU MACKINAC | Pulau Mackinac (pend. 479) ialah sebuah pulau di selat Mackinac (Michigan utara, Amerika Syarikat (lihat Michigan ). Pulau ini meliputi kawasan seluas lebih kurang 10 kilometer persegi. Orang Asli Chippewa menamakan pulau ini sebagai Michilimackinac, yang biasanya bererti “Semangat Tinggi ” atau “Penyu Besar ”. Bandar di pulau Mackinac terletak di bahagian tenggara. Kereta tidak dibenarkan dibawa ke pulau ini. Feri menghubungkan pulau ini dengan tanah besar. Lumba kapal layar di air tawar yang terpanjang di dunia dari Chicago ke Pulau Mackinac diadakan pada setiap bulan Julai. | UMUM | |
LHASA | Lhasa (pend. 105 866) ialah bandar suci dan ibu negara Tibet. Orang Tibet menganggap kuil di bandar itu suci. Dalai Lama, seorang pemimpin agama dan pemerintah Tibet yang dibuang negeri, tinggal di Lhasa sehingga tahun 1959. Pada tahun itu, dia tinggal dalam buangan di India bersama- sama pengikutnya selepas pemberontakan di Tibet menentang golongan Komunis China menemui kegagalan. Sehingga tahun 1904, orang Eropah tidak dibenarkan masuk ke Lhasa, dan kadangkala Lhasa dikenali sebagai Kota Larangan. | UMUM | |