BUTLER, BENJAMIN FRANKLIN | Butler, Benjamin Franklin (1818–1893), negarawan dan jeneral Amerika, merupakan salah seorang pegawai Utara yang paling dibenci di Selatan, semasa Perang Saudara Amerika (1861–1865). Dia menjadi pemerintah tentera di Virginia dan Carolina Utara setelah berkhidmat di New Orleans, tetapi Jeneral Ulysses S. Grant menyingkirkannya pada tahun 1864. | UMUM | |
THE CID | The Cid (1040?–1099), juga dikenali sebagai El Cid, salah seorang wira Sepanyol. Nama sebenarnya ialah Rodrigo Díaz. Gelaran The Cid berasal daripada perkataan Arab El Sayyid yang bermakna the lord . The Cid berkhidmat dalam pasukan tentera yang diketuai oleh Sancho II, dari Castile. Apabila Sancho dibunuh, abangnya yang dibenci, Alfonso, menjadi raja dan mengusir Cid. | UMUM | |
SAMANIAT, KERAJAAN | Samaniat, Kerajaan (261–389 H./874–999 M.) ialah kerajaan Parsi yang diasaskan oleh Saman. Saman ialah seorang bangsawan Parsi berketurunan Bahram Jovin yang mengetuai revolusi menentang pihak istana. Saman menjalin hubungan dengan kerajaan Islam pada zaman Khalifah Umaiyyah, Hisham b. ‘Abd Malik. Dia melawat Asad ibn ‘Abdullah al-Qasari, gabenor Khurasan pada zaman kerajaan Umawi. Dia telah diberi penghormatan oleh gabenor tetapi dibenci oleh musuh-musuhnya. Dia telah memeluk Islam dan menamakan anaknya Asad, sempena nama Asad al-Qasari yang telah memberi penghormatan kepadanya. | UMUM | |