NAMA | Nama. Setiap orang mempunyai nama. Sesetengah orang mempunyai banyak nama. Dalam kebanyakan negara, orang mempunyai sekurang-kurangnya dua nama, iaitu nama yang diberi dan nama keluarga. Nama keluarga adalah nama keturunan yang diturunkan kepada semua ahli keluarga. Ia juga dikenali sebagai nama keluarga atau nama akhir, kerana di sesetengah negara nama ini diletakkan selepas nama yang diberi. Nama yang diberi atau nama pertama membezakan ahli-ahli dalam keluarga. Nama yang diberi dan nama keluarga adalah nama yang sah seseorang. Orang di Asia dan Afrika kerap memberi nama kepada anak-anak mereka dengan makna tertentu. Kerap kali mereka tidak menggunakan nama keluarga. Nama boleh jadi nama peribadi, nama gelaran, atau nama sukuan. Sistem penamaan tradisional kerap diubahsuai untuk disesuaikan dengan penggunaan moden. | UMUM | |
SIMEN | Diberi kemudian | KIMIA | Sumber/Bahan Alam |
ROSELLA | Rosella ialah nama yang diberi kepada beberapa jenis burung nuri Australia. | UMUM | |
ROMBUS | Rombus ialah nama yang diberi kepada rajah satah yang mempunyai dua sisi yang lurus dan selari, kesemuanya sama panjang. Lazimnya, sisi ini tidak bersudut tepat antara satu sama lain. | UMUM | |
REMPAH | Rempah ialah nama yang diberi kepada perasa makanan yang dibuat daripada tumbuhan. Rempah mempunyai rasa dan bau yang kuat. Sesetengah rempah dinilai kerana rasanya, dan yang lain kerana baunya. Manusia di seluruh dunia menambah rasa makanan dengan rempah. Rempah biasa termasuk lada hitam, buah pala, cengkih, halia, allspice, mace, mustard, dan kayu manis. | UMUM | |
THISTLE | Thistle ialah nama yang diberi kepada sekumpulan tumbuhan yang mempunyai spina dan duri tajam. Thistle adalah rumpai yang mengganggu. Ia tumbuh di banyak bahagian di dunia. Thistle yang paling biasa adalah thistle menjalar , thistle lembing, thistle halus, dan thistle Scotland . Thistle tumbuh di padang rumput ternak, ladang bijian dan ladang rumput kering, dan di sepanjang jalan, tempat tanah subur. Thistle yang paling mengganggu, iaitu thistle menjalar, adalah tumbuhan saka, yang tumbuh tahun demi tahun tanpa ditanam semula. Tiga spesies lagi adalah tumbuhan dwitahunan yang tumbuh selama dua tahun sahaja. | UMUM | |
MURAI | Murai ialah nama yang diberi kepada sebilangan burung yang berbeza dalam famili gagak, yang berekor panjang. Murai biasa di Asia, Eropah, dan Amerika Utara berwarna hitam dengan warna putih di bahagian bawah dan di hujung sayapnya. Panjangnya lebih kurang 45 sentimeter. Bulu hitam di sayap dan di ekornya berwarna hijau-gangsa berkilat. | UMUM | |
MOHAIR | Mohair ialah nama yang diberi kepada bulu kambing Angora. Haiwan ini berasal dari Asia Kecil dan juga diternak di Afrika Selatan dan di California dan Texas, Amerika Syarikat. Nama Mohair juga digunakan kepada fabrik yang dihasilkan daripada bulu kambing Angora. | UMUM | |
MEROVINGIAN | Merovingian ialah nama yang diberi kepada keturunan Raja Frank yang menakluk Gaul dan di sekitarnya bermula dari tahun 486 M. dan memerintah hingga tahun 751 M. Frank ialah orang Jerman, manakala Gaul ialah kawasan yang kini merangkumi Perancis, Belgium, Luxembourg dan barat daya Jerman. Nama Merovingian berasal daripada Merovech, saudara kepada raja pertama Merovingian, Clovis I. | UMUM | |
PRATINKOL | Pratinkol ialah nama yang diberi kepada 16 spesies burung yang bersayap panjang tirus dan ekornya bercabang. Pratinkol terdapat di selatan Eropah, Afrika dan Asia. Ia hidup di kawasan rata, terdedah, kontang dan juga dekat air tawar. Pratinkol terbang laju dan lincah. Ia memakan serangga besar yang ditangkap semasa terbang atau di atas tanah. | UMUM | |