MASLAMAH IBN ABD AL-MALIK | Maslamah ibn Abd al-Malik ialah penakluk bangsa Arab. Dia lahir dan dibesarkan di Damsyik serta mempunyai pengetahuan yang luas. | UMUM | |
ABDUL GHANI MINHAT | Abdul Ghani Minhat (1935- ) pemain bola sepak Malaysia. Dia lahir pada 31 Disember 1935 di Rantau, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Kerjaya bola sepak Ghani bermula setelah dia terpilih mewakili pasukan bola sepak sekolahnya, Princess Road School, di Kuala Lumpur. Ketika berusia 14 tahun, dia menyertai Kelab Bola Sepak Polis Depot. Pada tahun 1953, dia mewakili pasukan Polis Depot dalam pertandingan Hanningan Shield. Pada tahun 1954, dia terpilih mewakili Selangor dalam Kejohanan Piala FAM dan Piala Malaya. Dua tahun kemudian dia mewakili pasukan negara dalam Kejohanan Piala Asia. Dalam perlawanan ini, Malaya menewaskan Kemboja 9-2, dan Ghani menjaringkan tujuh gol. Pada tahun 1956, Ghani membantu Selangor menewaskan Singapura 2-0 untuk menjuarai Piala Malaya. | UMUM | |
KINDI, ABU YUSUF AL- | Kindi, Abu Yusuf al- ( ?–260 H/?–874 M), ahli falsafah Arab. Nama penuhnya ialah Ya‘qub ibn Ishaq ibn al-Sabah al-Kindi. Dia dibesarkan di Basrah. | UMUM | |
ASMA'IY, AL- | Asma‘iy, al- (122–215 H./740–830 M.), salah seorang pelopor sepenuh masa dalam bidang pengumpulan syair. Nama penuhnya ialah Abu Sa‘id ‘Abd. al-Malik ibn Qurayb al-Bahiliy. Dia lahir dan dibesarkan di bandar Basrah. Al-Asma‘iy meninggal dunia di Marwu (Khurasan). Semasa hayatnya dia berkecimpung dalam bidang bahasa – peristilahan bahasa iaitu penyusunan kamus dan biografi pada masa itu. Dia juga terkenal dengan koleksi syair-syair Arab dan koleksi syair yang sukar didapati. Pengumpulan subjek-subjek berkaitan linguistik ini memainkan peranan penting untuk melahirkan kamus-kamus Arab pertama yang menjadi asas kepada kamus-kamus karya agung selepas itu seperti al-Qamus al-Muhit dan Lisan al-‘Arab. | UMUM | |
ABU HURAYRAH | Abu Hurayrah (21 S.H.–59 H./602 M.–679 M.), salah seorang sahabat yang setia dan keturunannya berasal daripada kabilah al-Azd. Nama penuhnya ialah ‘Abd al-Rahman ibn Shakr al-Dawsiy. Dia dibesarkan dalam keadaan yatim pada zaman Jahiliah. Yang pasti, dia memeluk Islam melalui al-Tufayl ibn ‘Amru al-Dawsiy yang datang menemui Rasulullah SAW. Sebelum Hijrah, Abu Hurayrah r.a. bersama-sama kaum kerabatnya yang memeluk Islam tidak bergabung dengan Rasulullah SAW melainkan setelah tamat pembukaan Khaybar. Abu Hurayrah datang dengan 80 orang kabilah Daws yang memeluk Islam. Kebetulan kedatangan mereka ketika orang Muhajirin baru kembali dari Habsyah, yang diketuai oleh Ja’far ibn Abi Talib r.a. Rasulullah SAW meraikan mereka dengan memberikan sebahagian harta rampasan Khaybar. Abu Hurayrah sentiasa mendampingi Rasulullah SAW dan menjadi ketua ahli al-Suffah di Masjid Nabawi. | UMUM | |
MU'JAM AL-UDABA' | Mu‘jam al-Udaba’ atau nama yang diberikan oleh penulis Irshad al-Arib ila Ma‘rifah al-Adib. Penulisnya ialah Shihab al-Din ‘Abdullah Yaqut ibn ‘Abdullah al-Rumi, berasal dari Rom dan dibesarkan di Hamawi serta menjadi warga Baghdad. Dia masyhur dengan gelaran Yaqut al- Hamawiy. | UMUM | |
ABU HANIFAH | Abu Hanifah (80 H.–150 H./699 M.–767 M.) ialah al-Nu’man ibn Thabit ibn Zutiy atau Zawtiy ibn Mah. Dia lahir di Kufah pada zaman pemerintahan khalifah Bani Umayyah, ‘Abd al-Malik ibn Marwan, dan dibesarkan serta menghabiskan kebanyakan masa hidupnya di Kufah, tetapi akhirnya dia pergi ke Baghdad dan meninggal dunia di sana. | UMUM | |
MUQTADIY BI AMRI ALLAH, AL- | Muqtadiy bi Amri Allah, al- (448 H.–487 H./ 1056 M.–1094 M.), khalifah kerajaan Bani Abbasiyyah. Nama penuhnya ialah Abdullah ibn Muhammad al-Qa’im bi Amri Allah ibn al- Muqtadir. Dia lahir dan dibesarkan di Baghdad. Datuknya, al-Qa’im bi Amri Allah menjanjikan jawatan khalifah kepadanya dan dia bergelar al- Muqtadiy. Al-Muqtadiy bi Amri Allah dilantik sebagai khalifah selepas kematian datuknya pada tahun 467 H./1074 M. ketika berumur 18 tahun. Dia berusaha memulihkan keadaan kota Baghdad dengan mengeluarkan perintah agar dihapuskan penyanyi serta perosak negara, melarang pengurungan burung, melarang pembuangan air mandi ke Sungai Dajlah dan menggalakkan rakyatnya menggali telaga untuk mendapatkan air. Dia juga melarang percampuran bebas antara lelaki dengan perempuan dalam mempamerkan kecantikan. Al-Muqtadiy bi Amri Allah juga meminati sastera dan syair. Zaman pemerintahannya aman dan makmur. Dia meninggal dunia secara mengejut di Baghdad. | UMUM | |
MU'JAM AL-SHU'ARA' | Mu’jam al-Shu‘ara’ ialah antara hasil penyusunan penulisan tahun keempat Hijrah. Ia disusun oleh Abu ‘Ubaydullah Muhammad ibn ‘Imran al-Marzabaniy (meninggal dunia tahun 384 H. bersamaan 994 M.). Dia berasal dari Khurasan dan dibesarkan di Baghdad. Kepakarannya adalah dalam bidang penyampaian sastera dan berita. Namanya terkenal melalui buku al-Muwashshah dan Mu’jam al-Shu‘ara’. | UMUM | |
TILMISANIY, AL-SYARIF AL- | Tilmisaniy, al-Syarif al- (710–771 H / 1310– 1370 M.), ulama fiqh dan usul fiqh bermazhab Maliki yang mendalami ilmu-ilmu wahyu dan ilmu akal. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn Ahmad ibn Ali al-Alwani al-Syarif al-Tilmisani. Dia dibesarkan di Tilmisan dalam sebuah keluarga ilmuwan dan ternama. Dia mendapat bimbingan serta tunjuk ajar ilmu al-Qur’an daripada al-Syeikh Abu Zaid ibn Ya`qub dan mempelajari ilmu lain daripada al-Qadhi Abu ‘Abdullah ibn Hadiyah al- Qursyi, Abdullah al-Mujasi dan al-Qadhi al-Tamimi. | UMUM | |