PRIVET | Privet ialah pokok renek yang popular sebagai pokok pagar. Ia biasanya dipangkas dan dilatih tumbuh rapat-rapat menjadi pagar, tetapi kadang-kala dibiarkan tumbuh tinggi merimbun. Ia kemudiannya tumbuh menjadi pokok rimbun yang besar, kira-kira sebesar saudara dekatnya, lilac . Bunganya yang putih lebih kecil dan kurang menyerlah daripada bunga lilac, tetapi bentuknya serupa. Baunya kurang harum daripada bau lilac. Privet juga berkaitan dengan zaitun, dan buahnya yang licin, berkulit gelap menyerupai buah zaitun kecil yang masak. | UMUM | |
MINYAK NILAM | Minyak nilam ialah minyak yang berbau kuat yang digunakan untuk membuat minyak wangi. Minyak ini datangnya daripada daun nilam, iaitu anggota famili pudina. Daunnya dikeringkan dalam cahaya matahari. Ia kadangkala dibiarkan mengalami penapaian (perubahan kimia yang menguraikan bahan terbentuk). Kemudian, stim dilalukan pada daun untuk mengeluarkan minyaknya. Peladang menanam nilam di China, India, Indonesia, Filipina, dan Singapura. | UMUM | |
ASTROLAB | Astrolab ialah sejenis alat yang digunakan oleh ahli astronomi dan ahli pelayaran awal untuk mengukur sudut jasad samawi di atas ufuk. Ia terdiri daripada sebuah cakera logam yang dipasangkan pada bingkai bulat. Astrolab itu dibiarkan tergantung supaya tetap tegak. Cakera tersebut mempunyai tempat pemerhatian bagi mencerap bintang dan bingkainya mempunyai serangkaian tanda bagi mengukur ketinggian bintang itu. Astrolab telah digantikan oleh sekstan dan alat lain yang lebih tepat. Lihat juga Sekstan. | UMUM | |
SIDER | Sider ialah minuman beralkohol yang dibuat daripada jus epal. Di Amerika Syarikat ia dikenali sebagai sider keras. Kebanyakan sider mengandungi 5 peratus hingga 7 peratus alkohol. Sider dihasilkan dengan mengisar epal dan memerah jusnya dengan penekan mekanikal. Jus ini kemudiannya dibiarkan menapai . Dalam proses ini, jus disimpan sehingga yis menukarkan gula dalam jus menjadi alkohol. Sider boleh dibuat cuka sider dengan membiarkan bakteria menukarkan alkohol menjadi asid asetik. Asid ini menjadikan cuka berasa masam. Lihat Cuka. | UMUM | |
PHILODENDRON | Philodendron ialah nama bagi banyak spesies dan jenis tumbuhan bak tumbuhan menjalar berasal dari Amerika Selatan. Perkataan philodendron bermakna pencinta pokok. Banyak philodendron ditanam sebagai tumbuhan rumah di atas tiang yang dibuat daripada lumut sfagnum, kulit kayu, dan bahan-bahan lain. Tumbuhan ini mengeluarkan akar di sepanjang batang dan akan tumbuh pada tiang yang batangnya dibiarkan lembap. | UMUM | |
BUANG ANCAK | BUANG ANCAK, amalan menyajikan makanan kepada hantu. Ini merupakan salah satu warisan kepercayaan masyarakat Melayu lama. Di Sabah, amalan ini dipanggil ajung. Makanan tertentu diletakkan dalam sebuah ancak (sebuah bekas yang diperbuat daripada buluh atau kayu) kemudian digantung pada sebatang pokok di tepi hutan dan dibiarkan di situ untuk dimakan oleh hantu. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
TUDUNG SAJI | TUDUNG SAJI, sejenis alat yang direka khas untuk menutup hidangan makanan. Ia boleh menutup hidangan di atas meja, dalam dulang dan juga yang disusun di atas lantai. Kegunaannya semata-mata untuk menutup makanan daripada dihinggapi oleh lalat atau habuk. Hidangan yang ditutup dengan tudung saji boleh dibiarkan beberapa waktu dengan tidak perlu disimpan semula ke dalam periuk atau belanga. | BUDAYA | Alat/Alatan |
PERSATUAN BAHASA MELAYU | PERSATUAN BAHASA MELAYU, persatuan yang memperjuangkan status bahasa Melayu agar terus berkembang setaraf dengan bahasa maju di dunia. Kelahiran sesuatu persatuan bahasa Melayu di negara ini berkait rapat dengan sejajar pergerakan kebangsaan di kalangan orang Melayu. Golongan yang berpendidikan tinggi sudah mula merasakan bahawa kegemilangan bahasa Melayu yang selama ini menjadi lingua france telah mula menurun. Jika perkara ini dibiarkan berlanjutan mereka khuatir bahasa Melayu akan mengalami zaman kemerosotannya. Tempat bahasa Melayu akan diganti oleh bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris. Menyedari akibat buruk yang akan menimpa ini, maka lahirlah beberapa persatuan bahasa Melayu sejak tahun 1888 bagi memperjuangkan bahasa Melayu. | BAHASA | Persatuan |