TEMBOK HADRIAN | Tembok Hadrian dibina oleh Maharaja Rom, Hadrian, pada tahun 120-an M. merentasi utara Britain di antara Solway Firth dengan muara Sungai Tyne. Tembok ini dibina untuk menandakan sempadan Britain Rom, dan untuk menghalang serangan dan penyeludupan oleh kaum Pict dan Scot. Sebahagian tembok dibina menggunakan batu dan sebahagian lagi merupakan tetembok daripada rumput. Terdapat beberapa kubu kecil, dikenali sebagai milecastle (kastil sebatu) , dibina selang sebatu (kira-kira 1.6 kilometer) setiap satu di sepanjang tembok ini, di samping 23 kubu besar ini. Vallum ialah parit yang selari dengan tembok. Banyak bahagian tembok ini masih kukuh hingga kini. Lihat juga Tembok Rom. | UMUM | |
MENARA MARTELLO | Menara Martello ialah menara pertahanan yang dibina pada tahun 1804 di sepanjang pantai selatan dan pantai tenggara England serta pantai timur Ireland. Menara itu dibina sebagai benteng pertahanan terhadap ugutan serangan Napoleon. William Pitt mengarahkan supaya 74 buah menara Martello dibina di sepanjang pantai Essex, Kent, dan Essex Timur. Menara Martello meniru sebuah menara di Tanjung Mortella; Corsica. Tinggi menara ini kira-kira 12 meter dan temboknya setebal tiga meter. Tiga laras senapang dilekapkan pada bumbung setiap menara. | UMUM | |
MAKAM | Makam ialah tempat menguburkan mayat. Sesetengah makam dibina dengan menebuk batuan, dan sesetengahnya dibina di atas tanah. Manusia purba menggunakan makam untuk menjaga mayat agar selamat. Orang Mesir percaya bahawa roh orang yang sudah meninggal akan datang mengunjungi makamnya. Mereka mendirikan Piramid, iaitu makam paling besar di dunia, untuk raja-raja mereka . | UMUM | |
TEMBOK BESAR CHINA | Tembok Besar China ialah struktur terpanjang yang pernah dibina. Panjangnya kira-kira 6400 kilometer, dan keseluruhannya dibina dengan tangan. Tembok itu merentasi utara China antara pantai timur dengan utara tengah China. Untuk lokasi, lihat China (peta politik). | UMUM | |
TERUSAN PANAMA | Terusan Panama ialah jalan air yang dibina merentas Segenting Panama dan menghubungkan Lautan Atlantik dengan Lautan Pasifik. Terusan ini adalah salah satu kejayaan kejuruteraan yang paling besar di dunia. Setelah siap dibina pada tahun 1914, terusan itu memendekkan perjalanan kapal di antara New York City dengan San Francisco hingga menjadi tidak sampai 8370 kilometer. Sebelumnya, kapal yang membuat perjalanan ini terpaksa belayar mengelilingi Amerika Selatan – suatu jarak yang melebihi 20 900 kilometer. | UMUM | |
TERUSAN ERIE | Terusan Erie ialah jalan air negara pertama yang penting yang dibina di Amerika Syarikat. Terusan ini merentasi New York dari Buffalo di Tasik Erie ke Troy dan Albany di Sungai Hudson (siap dibina pada tahun 1825). Terusan ini menyambungkan Tasik-tasik Besar dengan Lautan Atlantik. Ia menjadi laluan untuk membawa masuk barang buatan dan peneroka ke bahagian Barat, manakala kayu dan hasil pertanian dibawa ke bahagian Timur Amerika Syarikat. Terusan ini membantu New York City menjadi pelabuhan yang terkemuka pada tahun 1800-an. Pembinaan terusan ini dibiayai keseluruhannya oleh negeri New York. Terusan ini menguntungkan sehingga tahun 1882, apabila tol dimansuhkan. | UMUM | |
KELONG | Kelong suatu kaedah penangkapan ikan di laut. Ia terdiri daripada barisan pancang yang dibina menghadap arus laut dalam bentuk menirus seperti huruf V, dengan kepungan empat persegi di hujungnya yang merupakan kawasan perangkap ikan. Kelong dibina di kawasan yang tidak begitu jauh dari pantai untuk mengelakkan gelombang atau ombak besar yang memungkinkan pancang patah atau tercabut. | UMUM | |
TAMAN TASIK | Taman yang dibina sekitar tasik buatan manusia. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
TEMBOK BERLIN | Tembok Berlin dibina pada tahun 1961 untuk membahagikan dua bahagian kota Berlin – bahagian komunis di Berlin Timur, dan bukan Komunis di Berlin Barat. Berlin berada jauh di wilayah di bawah kuasa Komunis, di Berlin Timur, tetapi pasukan berikat Barat di Jerman Barat menguasai Berlin Barat. Jerman Timur yang disokong oleh Kesatuan Soviet, membina Tembok Berlin untuk menghalang orang Jerman Timur berhijrah ke Jerman Barat. | UMUM | |
ALTAR | Altar ialah tempat yang dibina atau objek yang menjadi pusat pemujaan agama. Altar boleh dibuat dari timbunan tanah ataupun batu yang diukir. | UMUM | |