Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibuat diperbuat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAYON

Rayon ialah sejenis serat yang dibuat di kilang. Serat

rayon ini diperbuat daripada kayu atau kapas. Ia

digunakan dengan meluas dalam pembuatan bahan

industri serta tekstil anyaman dan tenunan untuk

pakaian dan perhiasan fabrik. Sesetengah fabrik yang

diperbuat daripada rayon diolah khas supaya kalis

haba dan digunakan dalam bahagian tertentu

pesawat angkasa lepas.

UMUM 
EMPING

Emping ialah sejenis kudapan yang dibuat

daripada padi muda atau pulut, dan kadangkala

diperbuat daripada buah belinjau. Walaupun

semua jenis pulut boleh dibuat emping, namun

yang paling sesuai ialah pulut galah.

UMUM 
TALI PINTAL

Tali pintal ialah kord yang tahan lasak yang

diperbuat daripada utas serat daun yang kuat,

selalunya daripada pokok sisal atau henekuen .

Utas ini dicampur dengan abaka untuk membuat

gentian manila. Tali pintal dibuat dengan menarik

serat hingga menjadi sliver, yang akan disikat dan

dipintal menjadi tali. Tali adalah lebih halus

daripada kord dan lebih tebal daripada benang.

Lihat juga Abaka; Sisal.

UMUM 
SUEDE

Suede, sejenis kulit lembut yang mempunyai nap

pada satu bahagian. Suede dibuat dengan

memegang bahagian belulang haiwan yang

berdaging dan yang telah disamak pada roda

penggilap. Permukaan roda yang kasar itu menaikkan

nap tersebut. Barang-barang yang diperbuat

daripada suede termasuk kasut, sarung tangan, topi,

dan kot.

UMUM 
TAFETA

Tafeta adalah sejenis kain licin dan agak keras

yang diperbuat daripada rayon, nilon atau sutera.

Nama tafeta berasal daripada perkataan Parsi iaitu

taftah yang bermakna dipintal atau ditenun . Tafeta

mempunyai tenunan yang ringkas dan rapat. Ia

dijual dalam bidang yang lebar untuk dibuat

pakaian, cadar dan langsir, dan bidang yang kecil

untuk membuat reben.

UMUM 
MUSILAJ

Musilaj ialah sejenis bahan yang tebal dan lekit,

yang biasanya dibuat dengan melarutkan gam di

dalam air, atau cecair lain. Musilaj ialah sejenis

pelekat dan boleh melekatkan dua bahan. Bahan

kandungan yang tepat bagi sesuatu musilaj

berbeza mengikut kegunaannya. Gam arab yang

dilarutkan dalam air panas menghasilkan musilaj

gam arab. Apabila aluminium sulfat ditambah pada

larutan tersebut, pelekat yang terhasil boleh

digunakan untuk melekatkan kertas pada kaca.

Dekstrin (satu bahan yang diperbuat daripada kanji)

dilarutkan ke dalam air sejuk untuk menghasilkan

musilaj yang digunakan untuk stem pos. Glu dan

gelatin juga digunakan untuk membuat musilaj.

Lihat juga Gam arab; Glu.

UMUM 
NILON

Nilon ialah istilah umum bagi kumpulan barang

keluaran sintetik (tiruan). Barang keluaran ini

diperbuat daripada bahan kimia yang diperoleh

daripada batu arang, air, udara, petroleum, keluaran

sampingan pertanian, dan gas asli. Nilon adalah salah

satu penemuan kimia yang paling penting. Ia

merupakan bahan elastik yang teguh yang boleh

dibentuk menjadi gentian, bulu, kepingan, rod, dan

tiub. Ia juga boleh dibuat dalam bentuk serbuk bagi

kegunaan dalam operasi yang menggunakan acuan.

UMUM 
KHEMAH

Khemah ialah tempat perlindungan mudah

alih yang digunakan oleh pekhemah-pekhemah

untuk berlindung daripada cuaca dan serangga.

Kebanyakan khemah terdiri daripada sebuah

rangka yang diperbuat daripada kayu, kaca

gentian, atau logam dengan sarung dan lantainya

daripada nilon, kanvas dan kain kapas.

Khemah dibuat dalam pelbagai saiz dan bentuk.

Ia mungkin sebuah khemah model kecil untuk

seorang pekhemah hinggalah kepada sebuah kabin

yang besar yang boleh memuatkan enam orang

dewasa.

UMUM 
TIN TIMAH

Tin timah ialah bekas yang digunakan untuk

membungkus, mengangkut dan memasarkan

beratus-ratus jenis makanan dan bukan makanan

untuk kegunaan di rumah dan industri. Kebanyakan

tin timah dibuat daripada keluli yang disalut nipis

dengan timah. Tetapi berjuta-juta tin tidak

mengandungi timah sama sekali dan banyak yang

diperbuat keseluruhannya daripada aluminium.

UMUM 
DODOLDODOL, sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung pulut, gula pasir, santan, gula melaka atau gula enau dan kadang-kadang dicampuri durian. Dodol juga dikenal sebagai kelamai. Dodol dibuat untuk juadah hari raya atau majlis perkahwinan. Bahan untuk membuat dodol mestilah bermutu tinggi dan bersih. BUDAYAMakanan
12

Kembali ke atas