Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibuka

Puisi
 

Gebar dilipat kain dibuka,
     Kasut berbunga benang dandan;
Khabar dapat kirim pun ada,
     Serasa nyawa sekalian badan.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Jemur terkekar ayam tiba.

Bermaksud :

Baru saja dagangan dibuka, telah banyak orang datang membeli. terkekar = terkembang.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NAGASAKI

Nagasaki (pend. 444 599) ialah sebuah bandar di

Jepun yang mempunyai hubungan yang paling

lama dengan orang Barat. Pelabuhannya telah

dibuka kepada perdagangan asing pada tahun

1571. Selepas tahun 1637, ia merupakan satu-

satunya pelabuhan di Jepun yang dibuka kepada

orang Barat untuk tujuan perdagangan. Pedagang

Belanda dibenarkan untuk membina pos

perdagangan di pelabuhan ini dan sebuah kapal

Belanda dibenarkan berhubung dengan pos

tersebut sekali dalam setahun. Pada tahun 1857,

Nagasaki merupakan salah satu daripada enam

pelabuhan di Jepun yang dibuka kepada pedagang

asing.

UMUM 
SUKAN PASIFIK SELATAN

Sukan Pasifik Selatan dibuka kepada peserta

dari semua negara dan kawasan kepulauan di Pasifik

Selatan kecuali Australia dan New Zealand.

Kebanyakan atlet dari kepulauan utama di kawasan

Pasifik Selatan mengambil bahagian lebih daripada

12 acara sukan di temasya ini. Sukan Pasifik Selatan

pertama kali diadakan di Fiji pada tahun 1965. Sukan

seterusnya diadakan di New Caledonia pada tahun

1967, Papua New Guinea pada tahun 1969, Polinesia

Perancis pada tahun 1971, Guam pada tahun 1975,

Fiji pada tahun 1979, Samoa Barat pada tahun 1983,

New Caledonia pada tahun 1987, Papua New Guinea

pada tahun 1991, Guam pada tahun 1999 dan Fiji

pada tahun 2003.

UMUM 
KUNCI WAKTU

Kunci waktu. Kunci kombinasi ini tidak boleh

dibuka kecuali pada waktu yang tertentu seperti

yang telah dilaraskan bagi kunci tersebut. Terdapat

dua jenis kunci waktu. Yang pertama banyak

digunakan di dalam bilik kebal bank. Kunci ini

dilaraskan pada waktu yang tertentu. Hanya pada

waktu tersebut sahaja kombinasi yang didail akan

membuka kunci.

UMUM 
KHARAJ

Kharaj ialah sebahagian harta yang diambil

ke atas tanah yang dibuka oleh orang Islam,

dan dibahagi-bahagikan antara mereka, seperti

pembahagian harta rampasan perang atau tanah

yang ditetapkan oleh pemerintah Islam untuk

terus dimiliki oleh orang bukan Islam.

UMUM 
TEROWONG LÖTSCHBERG

Terowong Lötschberg ialah terowong

landasan kereta api yang menembusi Bernese Alps

di selatan tengah Switzerland berdekatan dengan

Jungfrau (lihat Switzerland [peta]). Terowong ini

yang dibuka pada tahun 1913, berukuran 14.6

kilometer panjang. Ia sebahagian daripada

landasan kereta api Swiss Lötschberg, yang

sepanjang 74 kilometer dan menghubungkan Spiez

dan Brigue. Sebelum landasan ini sampai di

Kandersteg, iaitu jalan masuk ke terowong ini di

sebelah utara, ia menyeberangi banyak jambatan

dan jejambat dan melalui 38 terowong. Di

Göppenstein, iaitu hujung terowong ini di sebelah

selatan, landasan tersebut menurun ke Rhône

Valley, dan dari situ ia bersambung dengan

Terowong Simplon yang menghala ke utara Itali.

UMUM 
KONSERTINA

Konsertina ialah alat muzik yang rid logamnya

akan bergetar apabila terdapat tekanan udara

yang terhasil setelah belos dibuka dan ditutup.

UMUM 
PERANG NAHAWAND

Perang Nahawand berlaku pada tahun 16 H./

637 M. semasa pemerintahan Khalifah ‘Umar al-

Khattab r.a. Bangsa Parsi mengundur diri dari al-

Mada’in, ibu kota yang dibuka oleh orang Islam

pada tahun 16 H./637 M., dan melarikan diri ke

Halwan. Dari sana, mereka mula mengumpulkan

pasukan tentera untuk mara ke al-Mada’in.

Panglima tentera Islam, Sa‘ad ibn Abi Waqqas

mengutuskan satu pasukan tentera di bawah

pimpinan anak saudaranya, Hashim ibn ‘Utbah

ibn Abi Waqqas menentang mereka dalam

Perang Jalulak pada akhir tahun 16 H./637 M.

Pasukan tentera Islam mengalahkan tentera Parsi

seperti juga dalam Perang al-Qadisiyyah.

Kemudian tentera Islam terus mara dan

membuka Halwan dan kemudiannya Qarmisin

pada tahun yang sama. Ia merupakan

peperangan terbesar yang dikenali sebagai era

pembukaan di Nahawand oleh orang Islam.

Tentera Parsi di bawah pimpinan al-Firzan dapat

dikalahkan dan ini membuka laluan kepada

tentera Islam untuk mara ke pelosok jajahan Iran.

Sementara itu, Yazdajir panglima tentera Parsi

melarikan diri ke Asfahan.

UMUM 
HIKAYAT RAJA PASAIHIKAYAT RAJA PASAI, sastera hikayat berunsur sejarah. Hikayat ini mengisahkan sejarah negeri Pasai ketika negeri itu mula dibuka hinggalah Pasai jatuh diserang oleh Majapahit.SASTERAKarya
OLD VIC

Old Vic ialah teater yang terletak berhampiran

Waterloo Station di London. Bertahun-tahun

lamanya Old Vic menjadi pusat pementasan

drama Shakespear. Pada tahun 1963, tempat ini

menjadi rumah sementara bagi National Theatre.

Teater ini dibuka pada tahun 1818 sebagai

Coburg, tetapi namanya ditukar selepas lawatan

Ratu Victoria semasa baginda masih seorang

puteri.

UMUM 
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, universiti kedua dibuka di Malaysia selepas Universiti Malaya.  Universiti Sains Malaysia (USM) bermula pada tahun 1969 dan sehingga tahun 1972, dikenali dengan nama Universiti Pulau Pinang.  Kampus USM terletak di kawasan bukit bertentangan dengan Jabatan Pulau Pinang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
12345

Kembali ke atas