PARAMESWARA | Parameswara ( ? –1414), pengasas Kesultanan Melaka, Raja Melaka yang pertama (1399–1414). Parameswara berasal dari Palembang, Sumatera, Indonesia. Mengikut Sulalatus Salatin, namanya dicatatkan sebagai Raja Iskandar Syah, kerana ingin menampakkan pertalian zuriatnya dengan Iskandar Zulkarnain. Menurut sumber dari China dan Portugis, masing-masing mencatatkan namanya sebagai ‘Pai-limi- sula’ dan ‘Parameswara’. | UMUM | |
TANJUNG PAGAR | TANJUNG PAGAR, sebuah kawasan strategik di bahagian selatan Singapura, berdekatan dengan Kepulauan Riau. Nama Tanjung Pagar telah dikenali sejak zaman dahulu. Dalam Sejarah Melayu iaitu semasa pemerintahan Seri Maharaja (1375-1388), ada dicatatkan mengenai peristiwa Singapura dilanggar todak. Kejadian itu menjadi bencana kepada rakyat Singapura sehinggalah seorang budak bijak mencadangkan penggunaan batang pisang menggantikan betis manusia, bagi membentengi serangan todak. Benteng pisang yang merupakan `pagar’ ini memberi nama kawasan `Tanjung Pagar’. Tanjung Pagar juga mungkin mendapat namanya sempena adanya kelong (pagar penangkap ikan) pertama yang didirikan dari daerah perairan sekitarnya sehinggalah daerah Tanjung Malang. Pelabuhan di Tanjung Pagar juga telah dirakamkan oleh pencatat-pencatat dari negeri China dan Portugas semenjak abad ke-14 lagi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
ORANG BRUNEI | ORANG BRUNEI, suku bangsa yang tinggal di Brunei Darussalam. Mereka adalah salah satu daripada tujuh rumpun atau puak Melayu. Rumpun Melayu terdiri daripada Belait. Biasaya, Brunei, Dusun, Kedayan, Murut dan Tutong. Ketujuh-tujuh rumpun Melayu tersebut dicatatkan dalam perlembagaan negara Brunei Darussalam sebagai rakyat sultan dengan kuat kuasa mutlak undang-undang. Orang Melayu Brunei ialah rumpun yang paling ramai bilangannya iaitu 285 000 pada awal tahun 1990-an. Ini melebihi 75 peratus daripada jumlah rakyat Melayu jati (bumiputera) di negara tersebut. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |