Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diceritakan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEROMBASejarah yang diceritakan dalam bentuk perbilangan, tambo atau riwayat.SASTERAKonsep
SERIBU SATU MALAM

Seribu Satu Malam ialah sebuah koleksi

hikayat yang diceritakan oleh seorang perempuan

yang bernama Shahrazad kepada Sultan Shahriyar.

Sultan Shahriyar ialah seorang raja yang telah

bertukar menjadi kejam sejak dikhianati oleh

isterinya. Pada setiap malam, baginda mengambil

seorang anak dara lalu dinodainya, dan

dibunuhnya pada malam itu juga. Rakyat menjadi

takut dan melarikan anak-anak perempuan mereka

sehinggakan tidak terdapat lagi anak gadis di

bandar itu kecuali Shahrazad, iaitu anak kepada

seorang menteri.

UMUM 
MALAMUD, BERNARD

Malamud, Bernard (1914–1986) ialah pengarang

Amerika. Kebanyakan fiksyen Malamud diceritakan

dalam bentuk lucu tetapi penuh rasa simpati

terhadap nasib malang yang menimpa penduduk

kota, terutama orang Yahudi.

UMUM 
REGULUS, MARCUS ATILIUS

Regulus, Marcus Atilius ( ?–249? S.M. ) ialah

jeneral Rom yang menjadi hero. Kisah hidupnya

diceritakan berulang kali sebagai teladan atas sifat

patriotnya yang tulen. Sebagai konsul (ketua wakil

kerajaan) pada tahun 256 S.M., dia mengetuai

kejayaan serangan Rom ke atas Carthage di Afrika

dalam Perang Punic I (lihat Perang Punic ).

UMUM 
ASBJORNSEN, PETER CHRISTEN

Asbjornsen, Peter Christen (1812–1885),

pengumpul cerita rakyat Norway dan juga ahli

alamiah. Dia menjadi masyhur kerana karyanya

bersama-sama Jorgan Moe dalam mengabadikan

dongeng yang diceritakan oleh penduduk

Norway. Koleksi mereka berjudul Norwegian Folk

Tales (1842–1843) menjadi kesusasteraan klasik

Norway dan kesusasteraan dunia. Koleksi itu

meliputi kisah seperti “The Three Billy Goat Gruff”

dan “The Seven Fathers in the House”.

Asbjornsen lahir di Cheristiania (kini Oslo). Dia

menjelajah pantai Norway dan memberi

sumbangan penting dalam bidang botani dan

zoologi.

UMUM 
NABI HUD A.S.

Nabi Hud a.s. ialah salah seorang daripada utusan

Allah. Nabi Hud a.s. diutuskan kepada kaum ‘Ad iaitu

kaum Arab yang paling awal yang diketahui. Dalam

al-Qur’an diceritakan bahawa terdapat kaum ‘Ad I

dan kaum ‘Ad II. Kaum ‘Ad I ialah ‘Ad Irm yang

tinggal di dalam khemah. Manakala kaum ‘Ad II ialah

penduduk negeri Yaman dari keturunan Qahtan,

Saba ’ dan keturunan dari keduanya. Zaman

kehidupan kaum ‘Ad ini tidak diketahui dengan

tepat. Ini disebabkan al-Qur’an sendiri dan hadith-

hadith tidak menyebutkan tentang tarikh kewujudan

mereka. Selain itu, tidak terdapat bukti dari kesan-

kesan yang ditinggalkan sama ada berbentuk

tulisan-tulisan sejarah yang mungkin boleh dibuat

sandaran berhubung dengan tarikh kewujudan

mereka.

UMUM 
SURAH AL-QARI‘AH

Surah al-Qari‘ah ialah salah satu surah daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-101 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

11 ayat. Surah ini dinamakan dengan al-Qari‘ah

(hari yang menggemparkan) kerana perkara-perkara

yang menggerunkan yang diceritakan di dalam surah ini

boleh menggoncang hati pendengarnya.

UMUM 
SURAH AL-ANBIYA'

Surah al-Anbiya’ ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-21 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 112 ayat.

Surah ini dinamakan Surah al-Anbiya’ kerana di

dalamnya Allah S.W.T. menyebut kisah beberapa

orang nabi yang mulia. Kadang-kadang kisah para

nabi ini diceritakan dengan panjang lebar dan

kadang-kadang ringkas sahaja.

UMUM 
ARETHUSA

Arethusa ialah dewi cantik dalam mitologi

Yunani. Bapanya ialah tuhan laut, Nereus, dan

Arethusa menjadi pengapit kepada dewi Artemis.

Tuhan sungai, Alpheus jatuh cinta dengan

Arethusa ketika dia mandi di laut. Alpheus

mengejarnya dalam bentuk arus deras dalam

perjalanan ke sebuah pulau di pantai Sicily. Kerana

kasihankan perempuan itu, Artemis

menukarkannya menjadi mata air. Namun

demikian, Alpheus berjaya menawannya dan

kedua-dua air itu bercampur. Orang Yunani

menggunakan mitos ini untuk menerangkan

mengapa Sungai Alpheus lenyap semasa mengalir

ke Laut Ionian. Cerita ini diceritakan semula dalam

Metamorphoses oleh pengarang Rom, Ovid dan

dalam Arethusa oleh penyair Inggeris, Percy

Bysshe Shelley.

UMUM 
NABI YUSUF A.S.

Nabi Yusuf a.s. Nama penuh baginda ialah Yusuf

ibn Ya‘kub ibn Ishaq ibn Ibrahim a.s. Baginda

merupakan salah seorang daripada nabi-nabi Allah

SWT. Nabi Ya‘kub a.s. mempunyai 12 orang anak

lelaki. Nabi Yusuf a.s. merupakan seorang anak yang

kacak rupa parasnya, dan menyebabkan baginda

lebih disayangi oleh Nabi Ya‘kub. Ini telah

menyebabkan saudara-saudara baginda yang lain

berasa cemburu dan memberi kesusahan kepada

baginda. Namun begitu, kesusahan itu telah menjadi

satu kebaikan dan keberkatan kepada baginda,

negeri Mesir dan umat manusia di persekitarannya.

Pada suatu hari, ketika Nabi Yusuf masih kecil,

sebagaimana yang diceritakan dalam al-Qur'an

al-Karim, Nabi Yusuf a.s. bermimpi melihat 11 bintang,

matahari dan bulan sujud kepada baginda. Lalu,

baginda pergi menemui bapanya Nabi Ya‘kub a.s.

untuk menceritakan mimpinya itu. Nabi Ya‘kub a.s.

meminta anaknya supaya tidak menceritakan mimpi

tersebut kepada saudara-saudaranya yang lain

kerana bimbang mereka akan memperdayakannya.

Saudara-saudara baginda yang lain sememangnya

amat cemburu dengan kasih sayang yang

berlebihan yang diberikan oleh bapa mereka

kepada Nabi Yusuf. Oleh itu, mereka merancang

untuk melakukan kejahatan terhadap baginda.

Mereka sentiasa menunggu peluang untuk

melakukan sesuatu yang akan menghilangkan kasih

sayang bapa mereka kepada Nabi Yusuf a.s.

UMUM 
12

Kembali ke atas