PLAT BUKU | Plat buku ialah label yang dicetak atau diukir dan dilekatkan pada buku sebagai tanda pemilikan. Ia biasanya dibuat dengan kertas, tetapi kadang- kadang velum (kulit haiwan yang disamak dan berkualiti tinggi), kulit dan bahan lain digunakan. Plat buku yang paling baik diukir melalui proses mekanis. Label yang sederhana dicetak nama pemilik dan alamat yang menjadikan plat buku lebih memuaskan, dan tidak mahal. | UMUM | |
NOTA KAKI | Nota kaki ialah nota yang dicetak dalam huruf kecil di sebelah bawah sesuatu halaman. Ia digunakan untuk memberi maklumat yang terlalu panjang atau terlalu terperinci untuk dimasukkan ke dalam kenyataan yang asal. Nota kaki kadangkala digunakan untuk menerangkan sesuatu perkataan atau idea yang mungkin mudah disalahertikan, tetapi biasanya ia hanyalah memetik sumber atau kewibawaan untuk menjelaskan apa yang dikatakan oleh pengarang. Nota kaki membantu memendekkan ayat dan membebaskannya daripada fakta yang berlebihan. | UMUM | |
SENI TERA JEPUN | Seni tera Jepun ialah sejenis ilustrasi Jepun yang dicetak di atas kertas dengan menggunakan bongkah kayu yang telah diukir. Kebanyakan seni tera Jepun yang terkenal dihasilkan dari tahun 1600-an hingga akhir tahun 1800-an. Seni tera ini terkenal kerana coraknya yang sangat menarik, warnanya yang garang dan juga kerana mutu teknikalnya. | UMUM | |
PETA | Peta ialah gambaran tentang bumi atau mana-mana cakerawala lain yang dilukis atau dicetak. Kebanyakan peta menunjukkan sebahagian atau semua permukaan bumi. Tetapi, peta juga mungkin menunjukkan planet lain, bulan atau kedudukan bintang di angkasa. Kebanyakan peta adalah rata, walaupun sesetengahnya mempunyai permukaan timbul. Glob ialah peta dalam bentuk bola. | UMUM | |
AL-RIWAYAT | AL-RIWAYAT’, majalah sastera dwibulanan bertulisan Jawi. Majalah ini diterbitkan dan dicetak oleh Matba’ah al-Ma’aruf, Kelantan sejak 1 November 1938. | SASTERA | Konsep |
PUSAT PERKHIDMATAN SUNNAH DAN SIRAH NABI | Pusat Perkhidmatan Sunnah dan Sirah Nabi ialah pusat yang ditubuhkan untuk mengumpul dan menjaga manuskrip, buku-buku yang telah dicetak, dokumen dan maklumat yang berkaitan dengan sunnah dan sirah Rasulullah s.a.w. untuk memberi kemudahan kepada para pengkaji. Pusat yang terletak di Madinah al- Munawwarah di Arab Saudi ini ditubuhkan pada tahun 1406 H./1986 M., di Universiti Islam Madinah dengan kerjasama Pusat Percetakan al-Qur’an ( al- Mushaf al-Syarif) al-Malik Fahd. | UMUM | |
TEKA SILANG KATA | Teka silang kata ialah permainan kata yang popular. Ia biasanya dimainkan pada gambar rajah segi empat sama hitam dan putih. Satu set takrif atau klu bernombor biasanya dicetak berhampiran dengan gambar rajah ini. Tujuannya adalah untuk menjawab klu dengan kata yang bersilang melintang dan ke bawah gambar rajah ini. Pemain menulis setiap kata jawapan dalam baris segi empat sama yang kosong pada nombor yang sepadan dengan nombor klu. | UMUM | |
UTUSAN ZAMAN | UTUSAN ZAMAN, akhbar bertulisan Jawi yang diterbitkan di Singapura sejak 5 November 1939. Akhbar yang diterbitkan setiap hari Ahad ini dicetak oleh Utusan Melayu Singapore Press Ltd. yang berpejabat di Cecil Street. Bermula dari bulan Mac 1958, Utusan Zaman diterbit dan dicetak di Kuala Lumpur oleh Utusan Melayu Press Ltd. | SASTERA | Penerbitan |
BELIA | BELIA, majalah mingguan belia (tulisan Jawi) yang diterbitkan di Singapura pada 8 April 1955 oleh Harmy, dan dicetak oleh Al-Ahmadiah Press. | SASTERA | Konsep |
SIMPHONI | SIMPHONI, kumpulan puisi Subagio Sastrowardojo. Kumpulan puisi ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1957 di Yogyakarta dan dicetak sendiri oleh Subagio. Simphoni dicetak kali kedua pada tahun 1971 dan cetakan ketiga pada tahun 1975 oleh penerbit Dunia Pustaka Jaya yayasan Jaya Raja, Jakarta. Cetakan keempat (1990) diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta, dengan judul Simphoni Dua. | SASTERA | Karya |