TINDAKAN PANTULAN | Tindakan pantulan ialah pergerakan automatik atau luar kawal yang dicetuskan oleh rangsangan deria, seperti tusukan jarum pada kulit. Jika kita tersentuh dapur panas, kita akan tersentak sebelum kita sedar apa yang kita buat. Tindakan sebegini, yang tidak dirancang atau diputuskan sebelumnya, dikenali sebagai tindakan pantulan . Setiap pantulan membabitkan rangsangan yang menyebabkan gerak balas luar kawal. Dalam contoh di atas, dapur panas itu ialah ransangannya dan tersentak itu gerak balasnya. | UMUM | |
PERSATUAN MELAYU SARAWAK | PERSATUAN MELAYU SARAWAK, persatuan sosiobudaya Melayu yang pertama di Sarawak. Idea penubuhan persatuan ini dicetuskan oleh Muhammad Rakawi Yusof. Persatuan ini ditubuhkan pada tahun 1939. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
PERISTIWA MEMALI | PERISTIWA MEMALI, peristiwa berdarah yang berlaku di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling, Kedah, pada bulan November 1985. Peristiwa ini dicetuskan oleh Ibrahim Mahmood dan pengikutnya yang menggunakan agama untuk tujuan politik. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
BMKN | BMKN, organisasi kebudayaan Indonesia. BMKN ialah singkatan bagi Badan Musyawarah Kebudayaan Nasional. BMKN ditubuhkan hasil daripada Kongres Kebudayaan yang berlangsung di Magelang pada tahun 1948, semasa revolusi mempertahankan Proklamasi Kemerdekaan Republik Indonesia yang dicetuskan pada 17 Ogos 1945. Nama asalnya Lembaga Kebudayaan Indonesia tetapi setelah berlangsung kongresnya di Bandung (1952), namanya diubah menjadi BMKN. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
WAWASAN 2020 | WAWASAN 2020, wawasan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara industri maju menurut acuan sendiri menjelang tahun 2020. Wawasan 2020 dicetuskan oleh Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, dalam ucapannya yang bertajuk “Malaysia Melangkah Ke Hadapan” yang dibentangkan dalam sidang pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991 di Kuala Lumpur. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kegiatan |
PERKIM | PERKIM, badan kebajikan Islam. PERKIM ialah singkatan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia. PERKIM ditubuhkan pada 19 Ogos 1960. Idea penubuhan PERKIM dicetuskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
TAMAN ISMAIL MARZUKI | TAMAN ISMAIL MARZUKI, kompleks Pusat Kesenian Jakarta. Kompleks ini terletak di atas tanah seluas 8.3 hektar, di Jalan Cikini Raya No. 73, Jakarta Pusat, Indonesia. Taman Ismail Marzuki (TIM) mengambil sempena nama Ismail Marzuki, seorang pencipta, penggubah dan pemuzik terkenal, berasal dari Jakarta bagi mengenang jasanya dalam dunia muzik. Gagasan penubuhan TIM dicetuskan oleh seniman Senen yang kemudian dipersetujui oleh Ali Sadikin, Gabenor DKI Jakarta Raya ketika itu. Tapak asal TIM adalah Kebun Binatang Cikini, yang kemudiannya dipindahkan ke Ragunan, Jakarta Selatan. | BUDAYA | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
PEMBERONTAKAN BRUNEI | PEMBERONTAKAN Brunei, peristiwa pemberontakan menentang kerajaan Brunei pada masa pemerintahan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien. Peristiwa ini berlaku pada 8 Disember 1962 dan dicetuskan oleh Parti Rakyat Brunei (PRB). PRB bertindak untuk membuat pembaharuan dalam sistem pemerintahan tradisi. Ini selaras dengan matlamat PRB iaitu untuk mewujudkan kerajaan baharu yang dikenal sebagai Negara Kesatuan Kalimantan Utara (NKKU) yang terdiri daripada Sabah, Sarawak dan Brunei. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
SALIM II | Salim II (930–982 H./1523–1574M.), sultan ke-11 dalam kerajaan Uthmaniyyah atau putera Sultan Sulayman I. Baginda lahir di Istanbul dan mewarisi takhta pemerintahan daripada ayahandanya pada tahun 974 H./1566 M. Selepas kemangkatan Sultan Sulayman I, kerajaan ini tetap mengamalkan polisi peluasan negara sebagaimana tradisi kerajaan Uthmaniyyah sejak dahulu. Akan tetapi secara beransur-ansur kerajaan Uthmaniyyah mengalami zaman kelemahan sejak diperintah oleh sultan ini. Baginda merupakan antara sultan yang tidak pernah turun ke medan perang. Walau bagaimanapun, kerajaannya mengalami banyak peristiwa penting; antaranya penaklukan pulau Cyprus dari tangan orang Bonodochia. Kemenangan tersebut disebabkan adanya beberapa tokoh terkemuka semenjak zaman ayahandanya seperti Muhammad Suqlili, Mufti Besar Abu Sa’ud dan Nasyanji Muhammad Dibyali al-Qibtan Pasha. Pada zamannya juga, Yaman dapat diambil semula selepas pemberontakan yang dicetuskan oleh puak Syi’ah al-Zaydiyyah. | UMUM | |