KAIN MINYAK | Kain minyak ialah kain berat, kalis air yang digunakan untuk menutup meja dan dinding yang mesti kerap dicuci. | UMUM | |
KATGUT | Katgut ialah sejenis tali yang kuat yang diperbuat daripada usus beberapa jenis haiwan dan digunakan terutamanya sebagai tali alat muzik dan untuk menjahit luka. Kebanyakan katgut diperbuat daripada usus babi atau biri-biri. Usus tersebut dikoyakkan menjadi lembar dan kemudian dicuci, diawet, dan dipintal menjadi tali. | UMUM | |