Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata didaftarkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PARTI BERSATU SABAH (PBS)

Parti Bersatu Sabah (PBS), parti politik. PBS

ialah singkatan Parti Bersatu Sabah. Parti politik di

negeri Sabah ini telah didaftarkan dengan

rasminya pada 5 Mac 1985. Datuk Seri Joseph

Pairin Kitingan ialah perancang utama

penubuhan PBS. Dia telah dilantik untuk

mengetuai parti tersebut.

UMUM 
YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM)

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

(YADIM) ialah sebuah badan amanah atau

yayasan yang menjaga kebajikan masyarakat Islam

di Malaysia. YADIM adalah singkatan bagi Yayasan

Dakwah Islamiah Malaysia. Ia didaftarkan pada 25

Januari 1974 di bawah Trustee Incorporation

Ordinance Act 1952. Pengisytiharan penubuhannya

dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia yang

kedua, Tun Abdul Razak Hussein dalam

perjumpaan PERKIM Pahang dan memulakan

operasi di Wisma Batik, Jalan Tun Razak, Kuala

Lumpur pada tahun 1975

UMUM 
BARISAN NASIONALBARISAN NASIONAL, gabungan parti politik dominan di Malaysia semenjak Pilihan Raya Umum 1974.  Parti ini telah didaftarkan sebagai sebuah parti politik dalam bulan Jun 1974.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SARAWAK DAYAK ASSOCIATION

SARAWAK DAYAK ASSOCIATION, pertubuhan suku kaum Dayak di Sarawak.  Persatuan ini didaftarkan sebagai pertubuhan sosial pada 24 Februari 1946.  Antara mereka dipilih untuk memimpin persatuan ini ialah Charles Mmason (presiden), Edward Brandah (naib presiden), Philip Jitam dan Andres Jika (setiausaha) dan Robert Jitam (bendahari), manakala Edwin Howell dilantik sebagai penasihat kehormat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
BERJASABERJASA, parti politik.  BERJASA ialah angkatan bagi Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia.  Parti ini didaftarkan pada 30 Januari 1978 dan Datuk Mohamed Nasir dilantik sebagai yang dipertuanya yang pertama.  SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
SYARIKAT

Syarikat ialah perusahaan perniagaan tempat

manusia bekerja bersama-sama untuk tujuan

pengilangan, pembelian, atau tempat penjualan

barangan, atau tempat penyediaan perkhidmatan.

Hampir di kesemua negara, ada akta syarikat,

undang-undang yang mengawal syarikat untuk

memastikannya menjalankan perniagaan dengan

cara yang betul. Umumnya, akta syarikat

mendorong manusia yang mahu memulakan

syarikat membuat permohonan formal. Jika

permohonan diterima, syarikat akan didaftarkan di

pejabat kerajaan.

UMUM 
PERSATUAN PENTERJEMAH MALAYSIA

PERSATUAN PENTERJEMAH MALAYSIA, badan yang ditubuhkan untuk menyatupadukan seluruh kegiatan penterjemahan.  Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) ditubuhkan pada 8 April 1978 dan didaftarkan pada 4 Oktober 1979, atas kesedaran untuk mewujudkan gerakan secara kolektif dalam hal-hal penterjemahan.

BAHASAPersatuan
PUSTAKA ANTARAPUSTAKA ANTARA,  penerbit  dan pembekal buku yang pertama di Semenanjung  Malaysia.  Pustaka Antara ditubuhkan pada tahun 1952, oleh Abdul Aziz bin Ahmad dan didaftarkan pada 13 Mei 1957.  Pada mulanya Pustaka Antara beroperasi secara kecil-kecilan di sebuah kedai di Jalan Raja Muda pada tahun 1956.  Pada tahun 1975, Pustaka Antara berpindah ke bangunan miliknya sendiri di No. 399A, Jalan tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.SASTERAInstitusi/Organisasi
GPPS

GPPS, persatuan penulis. GPPS IALAH SINGKATAN Gabungan Persatuan Penulis Sarawak. GPPS ditubuhkan pada 27 Mac 1982 di Kuching dan didaftarkan dengan rasminya pada 19 Januari 1983. GPPS merupakan gabungan tiga buah badan penulis Sarawak, iaitu Angkatan Penulis dan Karyawan Sastera Malaysia Sarawak (ANGKATAN KARYA), Persatuan Bahasa dan Sastera Malaysia Sarawak (PEBAS) kedua-duanya di Kuching dan Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA) di Miri.

SASTERAInstitusi/Organisasi
PERSATUAN SENI KHAT KEBANGSAAN

PERSATUAN SENI KHAT KEBANGSAAN, pertubuhan yang berusaha mengembangkan kegiatan seni khat Islam di Malaysia.  Persatuan ini juga dikenal sebagai PSKK.  Persatuan ini didaftarkan secara rasmi pada 25 Oktober 1989.  sebelum penubuhannya, sebuah jawatankuasa sementara ditubuhkan dalam satu mesyuarat yang diadakan di Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan, Petaling pada 18 Ogos 1985 bagi merangka perlembagaannya.  Jawatankuasa ini dianggotai oleh Mohammed Yusof Abu Bakar sebagai pengerusi, Syed Mahdar Shahab sebagai naib pengerusi, Haji Idris Salam sebagai setiausaha, Mahmood Haji Awang sebagai naib setiausaha dan Haji Bachok Haji Sayuti sebagai bendahari.  Ahli jawatankuasanya pula terdiri daripada Ismail Haji Ishak, Wan Mohd, Yusof Wan Ali, Mohamed Nawai Yacob, Margilan HARP, Mohammad Abd.Ghani, Hussin Sulong, Zalika Khuzaimah Ngah dan Azmah Denan.

            PSKK ditubuhkan dengan tujuan antaranya untuk mengumpul dan menyatukan para penulis dan peminat

BUDAYAPersatuan
12

Kembali ke atas