Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata didakwa


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KANUN KESEKSAAN

Kanun Keseksaan ialah undang-undang bertulis utama bagi undang-undang jenayah di Malaysia. Selain menyenaraikan perlakuan yang dianggap jenayah, Kanun Keseksaan juga menyediakan hukuman terhadap perlakuan itu sekiranya pelaku didakwa dan disabitkan di mahkamah.

UNDANG-UNDANGAkta
OATES, TITUS

Oates, Titus ( 1649–1705) ialah pelampau

Protestan Inggeris. Pada tahun 1678, Oates mereka

cerita tentang rancangan orang Katolik Roman

untuk membunuh Raja Charles II dan menghancurkan

Protestanisme. Oates mengakui bahawa dia

mengetahui konspirasi yang dikenali sebagai Plot

Popish , yang dirancang, katanya, oleh sekumpulan

paderi Jesuit. Oates menjadi wira kerana

mendedahkan rancangan sedemikian, dan ramai

orang Katolik ditangkap dan sesetengahnya

dibunuh. Tetapi, pada tahun 1685, dia telah

didakwa kerana membuat sumpah bohong, dan

telah dikenakan denda serta dipenjara. William III

membebaskan Oates pada tahun 1689 dan

memberinya pencen. Oates lahir di Oakham,

England, di kaunti yang kini dikenali sebagai

Leicestershire.

UMUM 
DUYUNG

DUYUNG, kampung yang terletak di bahagian timur bandar Melaka. Kampung Duyung dianggap istimewa oleh penduduk Melaka kerana peristiwa dan kesan sejarah yang didakwa dimilikinya. Duyung juga dikaitkan dengan Sungai Duyung yang dianggap oleh Jabatan Perhilitan Negeri sebagai sungai berbahaya kerana dihuni oleh banyak buaya emas. Sungai inilah yang dikaitkan dengan kesejarahan Duyung.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas