SPERMASETI | Spermaseti ialah bahan melekit yang didapati daripada kepala paus sperma yang sangat besar. Bluber paus sperma juga mengandungi bahan ini. Spermaseti digunakan sebagai bahan untuk membuat beberapa jenis salap dan krim muka. Ia pernah digunakan untuk membuat lilin. Spermaseti juga didapati daripada paus “berhidung-botol” dan paus raksasa “berhidung-botol”. Spermaseti mungkin mempunyai fungsi untuk paus, tetapi tiada siapa pun yang tahu apa fungsinya. Lihat juga Paus sperma. | UMUM | |
DEADLY NIGHTSHADE | Deadly nightshade ialah tumbuhan rimbun yang menghasilkan beberapa ubat. Ubat yang paling penting didapati daripada tumbuhan ini ialah atropin. Deadly nightshade berasal dari tenggara Eropah dan barat Asia. Kini ia didapati di seluruh Eropah dan hidup di tanah batu kapur atau tanah kapur. | UMUM | |
MINYAK ATAR | Minyak atar, juga dikenali sebagai otto, iaitu minyak pati yang didapati dengan melalukan wap pada kelopak bunga. Minyak pati memberi kewangian kepada bunga tertentu. Minyak atar digunakan untuk memberikan bau kepada minyak wangi dan kosmetik. Kebanyakan minyak atar didapati daripada bunga ros. Minyak atar daripada bunga ros dihasilkan terutamanya di Bulgaria. Sebanyak kira-kira 1800 kilogram kelopak bunga ros menghasilkan 0.5 kilogram minyak atar daripada bunga ros. Pembuat minyak wangi menghargai minyak atar ros dari Bulgaria kerana bau bunganya yang kuat dan harum. | UMUM | |
SAGU | Sagu ialah kanji yang didapati di bahagian tengah yang mampung atau empulur, daripada pelbagai pokok palma tropika. Sejenis tepung, yang dikenali sebagai tepung sagu, dibuat daripada sagu. Bekalan terbesar sagu datang dari Hindia Timur. Banyak sagu dihantar ke Eropah dan Amerika Utara untuk tujuan masakan komersial. Tepung sagu digunakan kebanyakannya untuk membuat puding dan sebagai pemekat sup. Tepungnya berkhasiat dan mudah dihadam. Sagu adalah salah satu daripada makanan utama orang Hindia Timur. | UMUM | |
KAYU LOG | Kayu log didapati daripada teras pokok yang tergolong dalam famili kacang pis. Pokok ini tumbuh di kawasan tropika di Amerika Tengah, Mexico, Amerika Selatan dan Hindia Barat. | UMUM | |
MINYAK TUNG | Minyak tung ialah minyak yang didapati daripada isirung biji tung. Pokok tung pada asalnya tumbuh di Asia Timur, terutamanya di China. Minyak tung juga dikenali sebagai minyak China-wood, minyak Japanese-wood , atau sebagai minyak wood sahaja. Minyak tung adalah satu daripada agen pengering yang paling berkuasa. Minyak ini tahan terhadap asid, alkali dan alkohol. | UMUM | |
MOMEN | Momen dalam ilmu fizik, ialah hasil yang didapati apabila kuantiti didarab dengan jarak tertentu dari tengah-tengah atau paksi. Contohnya, momen inersia yang juga dikenali sebagai tork. Jika seseorang yang beratnya 100 kilogram, duduk tiga meter jaraknya dari tengah-tengah jongkang-jongkit, maka tork ialah 300 kilogram meter. Jurutera menggunakan momen daya untuk menentukan tekanan pada jambatan, bangunan, dan struktur lain seperti pesawat udara dan kereta. | UMUM | |
MINYAK SAYUR | Minyak sayur ialah bahan lemak yang didapati daripada tumbuh-tumbuhan tertentu. Minyak sayur digunakan terutamanya dalam mengeluarkan atau memasak banyak jenis makanan. Kebanyakan minyak ini dalam bentuk cecair, kecuali beberapa dalam bentuk pepejal pada suhu bilik, seperti lemak koko, minyak kelapa, dan minyak kelapa sawit. Minyak sayur terdiri daripada hampir keseluruhannya lemak, iaitu bahagian perlu dalam diet untuk kesihatan. Untuk maklumat lanjut tentang nilai makanan dan komposisi minyaknya lihat Lemak. | UMUM | |
PANKREAS | Pankreas ialah organ yang didapati dalam tubuh manusia dan haiwan bertulang belakang. Organ ini mengeluarkan jus pencernaan yang diperlukan untuk memecahkan bahan makanan. Ia turut mengeluarkan dua jenis hormon, iaitu insulin dan glukagon, yang perlu untuk mengawal keseimbangan gula dan metabolisma (lihat Metabolisme). | UMUM | |
LILIN KARNAUBA | Lilin karnauba ialah lilin sayur. Ia didapati daripada daun palma karnauba yang berasal dari Brazil. Untuk mendapatkan lilin karnauba, daun palma karnauba dikeringkan di bawah cahaya matahari sehingga selaput lilinnya bertukar menjadi debu bak tepung. Debu ini dicairkan, disejukkan, dan dibuat menjadi kepingan. | UMUM | |