AUSTRALIA, ANGKATAN BERSENJATA | Australia, Angkatan bersenjata adalah kecil tetapi maju dalam teknologi. Perancangan untuk perkembangannya didasarkan pada pengekalan angkatan yang akan memberi khidmat kepada keperluan semasa dan darurat. | UMUM | |
ASH BERDURI | Ash berduri ialah salah satu kumpulan pokok atau pokok renek. Namanya merujuk kepada duri tajam di rantingnya. Nama itu juga didasarkan pada kesamaan antara daun ash yang berduri dengan daun ash yang sebenar (lihat Ash ). Spesies ash berduri yang berlainan terdapat di Australia, Asia, Afrika dan Amerika Tengah serta Amerika Utara. | UMUM | |
HIKAYAT PANDAWA LIMA | HIKAYAT PANDAWA LIMA, sastera hikayat berunsur Hindu. Hikayat ini didasarkan kepada mss. Br. 2. (iaitu koleksi Brandes no. 2) yang terdapat di Perpustakaan Lembaga Kebudayaan Indonesia, di Jakarta. Naskhahnya berjumlah 274 halaman, yang paling tebal antara lapan naskhah tentang Pandawa yang tersimpan di perpustakaan yang sama. | SASTERA | Karya |
SYDENHAM, THOMAS | Sydenham, Thomas (1624–1689), salah seorang doktor Inggeris yang paling dikagumi pada zamannya. Dia berpendapat bahawa perubatan hendaklah dipelajari melalui pengalaman di katil pesakit dan amalan perubatan hendaklah didasarkan pada pemerhatian, bukannya dengan membaca buku atau menggunakan teori. Dia merupakan pemerhati yang tajam dan memberikan huraian yang sangat baik tentang gout, demam skarlet, campak dan influenza. | UMUM | |
SIMON, NEIL | Simon, Neil (1927– ) ialah penulis drama Amerika. Komedi dan muziknya terkenal menjadikannya penulis drama yang paling komersial dalam sejarah teater Amerika. Marvin Neil Simon lahir di New York City. Drama pertamanya merupakan komedi ringan yang lucu, bermula Come Blow Your Horn (1961). Barefoot in the Park (1963) didasarkan pada pengalamannya sebagai pengantin baru yang tinggal di flat di New York. | UMUM | |
TANAH SUNDA | TANAH SUNDA, rantau yang terdiri daripada Pelantar Sunda dengan kawasan darat berhampiran, iaitu Semenanjung Thai-Melayu, Sumatera, Jawa, Kalimantan dan pulau-pulau pelantar. Rantau ini meliputi luas lebih 2 juta km persegi. Takrifan ini bersifat geologi dan didasarkan kepada sejarah perkembangan geologinya yang sejajar. Bagi pengkaji ilmu bukan geologi, Tanah Sunda adalah lebih luas lagi (dalam lingkungan 3 juta km luas) dan juga meliputi kawasan laut yang berkedalaman kurang daripada 200 m bersama pulau-pulau besar Asia Tenggara serta Semenanjung Thai-Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
KESUSASTERAAN MELAYU | KESUSASTERAAN MELAYU, kesusasteraan yang tumbuh dan berkembang di Alam Melayu, atau Tanah Melayu, yang kini lebih dikenal sebagai Malaysia. Kesusasteraan Melayu terdiri daripada pelbagai macam dan jenis sastera yang indah dan bernilai, yang terakam dalam bahasa Melayu dan memperkatakan tentang masyarakat Melayu. Kepelbagaian jenis ini ditempatkan dalam dua kelompok utama, yang masing-masing dikenal sebagai “kesusasteraan tradisional” dan “kesusasteraan moden”. Pembahagian ini lebih didasarkan pada faktor sejarah. | SASTERA | Konsep |
SASTERA HIKAYAT | SASTERA HIKAYAT, bentuk sastera Melayu yang mengandungi cerita dongeng dan cerita rekaan. Masyarakat Melayu tradisional pada umumnya menerima istilah sastera hikayat sebagai mengandungi makna cerita, kisah, riwayat, ceritera dan sebagainya. Makna yang umum ini didasarkan secara longgar pada makna yang kedua yang merujuk kembali kepada perkataan yang berasal daripada bahawa Arab iaitu ‘haka’ yang mengandungi maksud menceritakan, melukiskan, meniru, mewartakan, mirip (atau yang seakan-akan), berkata dan meneruskan. | SASTERA | Konsep |