STIM | Stim ialah air yang telah bertukar menjadi gas. Pada tekanan atmosfera normal, ia berlaku pada 100ºC, iaitu takat didih air. Stim adalah tidak berwarna dan lut sinar. Wap putih yang sering kelihatan pada muncung cerek, pada geiser, dan pada gas putih yang keluar daripada serombong kilang adalah sebenarnya bukan stim, Tetapi ia terdiri daripada titisan halus cecair air. Ia terbentuk semasa stim yang tidak dapat dilihat menyejuk. Stim pada suhu yang lebih tinggi lagi daripada takat didih dikenali sebagai stim panas lampau. | UMUM | |
PEMPLASTIK | Bahan yang dicampurkan dengan bahan polimer bagi mendapatkan sifat aliran dan kebolehprosesan yang lebih baik dan seterusnya mengubah sifat fizikal produk tersebut. Pemplastik ialah bahan organik berberat molekul rendah tetapi mempunyai takat didih yang tinggi. | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
ASID PRUSIK | Asid prusik juga dikenali sebagai asid hidrosianik . Asid prusik dipanggil asid prusik kerana diperoleh daripada Prussia biru. Asid prusik tulen ialah cecair yang tidak mempunyai warna. Ia mempunyai takat didih yang rendah dan cepat sejat pada suhu bilik. Asid ini berbau lembut menyerupai bau badam pahit. Ia mengganggu keupayaan tubuh dalam penggunaan oksigen dan merupakan salah satu bahan yang paling beracun pernah diketahui. Gas asid hidrosianik digunakan untuk menghukum penjenayah-penjenayah yang dijatuhi hukuman mati. Gas ini dihasilkan apabila ketulan sodium atau kalium sianida dimasukkan ke dalam asid sulfurik. Asid hidrosianik juga digunakan untuk mengawal serangga sisik pada pokok oren. Formula kimia bagi asid ini ialah HCN. | UMUM | |
MINYAK SERAI WANGI | Minyak serai wangi ialah minyak kuning pucat yang dibuat daripada rumput serai wangi. Serai wangi tumbuh di China, Guatemala, Indonesia, Malaysia, Sri Lanka, Taiwan, dan negara-negara lain. Minyak serai wangi mengandungi citronellal dan geraniol. Kedua-dua bahan ini mempunyai takat didih yang berbeza, dan ia terasing daripada serai wangi apabila minyak ini disuling. Minyak serai wangi digunakan untuk membuat ramuan minyak wangi sintetik. Geraniol berbau seperti bau ros dan digunakan dalam pembuatan minyak wangi. | UMUM | |
ALIRAN BERSIH | Kaedah pengiraan pemboleh ubah reka bentuk turus penyulingan menggunakan graf keseimbangan fasa y - x. Pada paksi menegak, y ialah pecahan mol dalam fasa wap dan pada paksi mendatar, x ialah pecahan mol dalam fasa cecair. Kesemua graf keseimbangan fasa biasanya diberi untuk komponen yang lebih meruap, iaitu komponen yang takat didihnya lebih rendah. Antara pemboleh ubah reka bentuk turus penyulingan yang biasa didapati menggunakan kaedah McCabe-Thiele ialah bilangan peringkat atau dulang, nisbah refluks minimum, bilangan dulang yang minimum, kedudukan peringkat bagi aliran masukan, keperluan duti haba untuk pengulang didih, dan keperluan duti penyejukan untuk kondenser | KEJURUTERAAN | Konsep |