DIPONEGORO | DIPONEGORO (1785 – 1855), pejuang yang menentang kekuasaan Belanda di Pulau Jawa, Indonesia. Dia dikenal juga dengan panggilan Syekh Ngadburahim atau Syekh Ngadbul hamid, anak sulung kepada Amangku Buwono III. Sejak kecil Diponegoro diberi didikan agama oleh neneknya, Ratu Agung, yang terkenal sebagai seorang alim. Semasa muda, Diponegoro sering bermeditasi di Gua Langse yang terletak di pantai selatan Pulau Jawa. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
IDRIS SALAM | IDRIS SALAM (1920- ), pelukis. Dia lahir pada tahun 1920 di Kelang, Selangor Darul Ehsan. Dia mula menerima didikan seni lukis daripada gurunya, Mohd. Said dan Ahmad Abdullah ketika menuntut di Maktab Perguruan Tanjung Malim (1937-1940). Dia juga pernah mendapat bimbingan melukis warna air daripada Peter Haris, penyelia seni lukis di sekolah-sekolah Malaya (1955-1956). Kemudian, Idris berpeluang mengikuti kursus di Kolej Seni Lukis dan Kraftangan di United Kingdom (1957-1958). | BUDAYA | Tokoh |
SUNAN KALIJAGA | SUNAN KALIJAGA ( ? - ? ), ulama dan pendakwah Indonesia. Nama sebenarnya ialah Raden Said atau Saka Setia. Dia adalah anak Tumanggung Wilatika, Adipati Tuban. Datuknya, Aria Teja III, sudah memeluk agama Islam. Oleh sebab itu, dia telah menerima didikan Islam sejak kecil lagi. Malah masa remajanya banyak dihabiskan dengan menelaah kitab suci al-Qur’an serta mendalami ilmu agama. Sunan Kalijaga adalah salah seorang ahli Walisongo Tanah Jawa yang berusaha mengembangkan agama Islam di Jawa pada abad ke-15. Dia adalah ulama yang sezaman dengan Sunan Bonang dan Sunan Ampel yang kedua-duanya adalah gurunya. Dia juga pernah berguru kepada Syekh Sutabaris, seorang ulama di Palembang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MOHAMAD ROEM | MOHAMAD ROEM (1908-1983), Ahli politik dan pejuang kemerdekaan Indonesia. Dia lahir pada 16 Mei 1908 di Parakan, Tumenggung, Jawa Tengah. Ayahnya, Dulkarnen Djojosasmito seorang ketua kampung. Semasa kecilnya, dia diasuh dengan didikan agama Islam oleh keluarganya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
KESATUAN AKSI MAHASISWA INDONESIA | KESATUAN AKSI MAHASISWA INDONESIA, gabungan persatuan mahasiswa di Indonesia yang menentang Gerakan 30 September 1965 (Gestapu). Kesatuan Aksi Mahasiswa Indonesia atau ringkasnya KAMI, dirasmikan pada 25 Oktober 1965 di rumah Menteri Pendidikan Tinggi waktu itu, Brig. Jen. Dr. Syarif Thayeb. Antara pemimpin yang terlibat termasuklah Cosmas Batubara, David Napitupulu, Abdul Gafur, Marsilam Simanjuntak dan Liem Bian Koen. Anggota KAMI terdiri daripada Himpunan Mahasiswa Islam, Pergerakan Mahasiswa Islam Indonesia, Serikat Organisasi Mahasiswa Lokal, Perhimpunan Mahasiswa Katholik Republik Indonesia, Gerakan Mahasiswa Kristen Indonesia, Ikatan Mahasiswa Muhammadiyah, Serikat Mahasiswa Muslimin Indonesia dan lain-lain. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
TUK PULAU UBI | TUK PULAU UBI (1881-1955), ulama. Dia lahir di Kampung Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan. Nama sebenarnya ialah Haji Yusof bin Abdul Rahman bin Abdul Ghani. Dia digelar Tuk Pulau Ubi sempena nama pondoknya di Pulau Ubi, dekat Geting, Tumpat. Di samping mendapat asuhan dan didikan daripada keluarganya, dia belajar di pondok Haji Abdul Malek, seorang tuk guru ternama di Kelantan pada suku terakhir abad ke-19, yang kebetulan membuka pondok di kampungnya. Selepas itu, Tuk Pulau Ubi belajar di Patani dengan Haji Abdul Latiff, sepupu bapanya yang kemudian menghantarnya ke Makkah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN III | Kapsyen : Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien III SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN III (1914-1986), Sultan Negara Brunei Darusslam yang ke-28 (1950-1967). Baginda diputerakan pada 23 September 1914 di Istana Kota, Kampung Sultan Lama, Bandar Brunei (kini Bandar Seri Begawan). Baginda adalah putera ketujuh Sultan Muhammad Jamalul Alam II. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Khas, Istana. Selepas itu, baginda menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak selama empat tahun (1932-1936). Di samping itu, baginda belajar empat bahasa Inggeris secara persendirian di Brunei. Baginda juga mendapat didikan agama dan semasa kecil, baginda belajar mengaji al-Qur’an selama 10 tahun dan khatam 40 kali. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |