Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata didirikan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAMAN NEGARA BANFF

Taman Negara Banff, didirikan pada tahun

1855, merupakan taman negara tertua di Kanada.

Pemandangannya yang menakjubkan telah menjadi

daya tarikan pelancong yang paling popular di

Kanada. Taman ini mempunyai banyak lembah

yang dalam, glasier, tasik dan gunung yang diliputi

ais. Ia terletak di bahagian timur Pergunungan

Rocky di barat daya provinsi Alberta.

UMUM 
BUWAYHIYYAH, KERAJAAN

Buwayhiyyah, Kerajaan (320–447 H./932–1055

M.) didirikan di bahagian barat Iran dan meliputi

Iraq dan diasaskan oleh keluarga Bani Buwayh.

Pemerintah dalam kalangan keluarga Bani Buwayh

yang terkenal ialah ‘Ali, al-Hassan dan Ahmad, yang

merupakan anak-anak Buwayh.

UMUM 
SAFARIYYAH, KERAJAAN

Safariyyah, Kerajaan (254–289 H./ 868–902 M.).

Kerajaan Safariyyah didirikan di bahagian selatan

Iran. Nama kerajaan ini bersempena dengan nama

Ya‘kub ibn al-Layth al-Safar, seorang yang berani,

yang mengambil kesempatan semasa kerajaan

Abbasiyyah lemah akibat bergolak politik serta

kekacauan yang semakin serius, yang dilakukan oleh

orang Negro. Dia memang bercita-cita untuk

menguasai kawasan selatan Iran, Parsi dan

Khurasan. Dia berjaya menubuhkan kerajaannya

selepas menjatuhkan kerajaan al-Tahiriyyah, dan

diiktiraf oleh Baghdad sebagai gabenor yang

merdeka. Namun, dia masih belum berpuas hati

malah bercita-cita untuk mengambil alih kedudukan

orang Turki di Baghdad. Kerajaan terpaksa akur

kepada kehendaknya apabila dia menyiapkan

angkatan tentera untuk tujuan tersebut. Justeru itu,

al-Safar diberi pengiktirafan sebagai gabenor di

wilayah Khurasan, Tabaristan, Jurjan, Ray dan Parsi.

Dia juga dilantik sebagai Ketua Polis Baghdad dan

Samarra’. Al-Safar masih belum berpuas hati. Dia

berhasrat untuk ke Baghdad dan mengambil alih

Baghdad yang merupakan pusat kekuasaan bangsa

Turki. Khalifah al-Muwaffaq tidak ada pilihan lain

kecuali bertindak memerangi al-Safar. Khalifah

mengetuai satu angkatan tentera lalu menyerang al-

Safar berserta tenteranya dan berjaya menewaskan

mereka. Al-Safar tewas kerana tenteranya berpaling

tadah dan menyertai tentera khalifah apabila mereka

melihat pasukan yang akan ditentang diketuai oleh

khalifah sendiri.

UMUM 
MONUMEN WASHINGTON

Monumen Washington ialah binaan batu

obelisk yang besar untuk memperingati George

Washington. Ia didirikan di Washington, D.C.,

berhampiran Sungai Potomac, kira-kira di

pertengahan perjalanan antara Capitol dengan

Memorial Lincoln.

UMUM 
SIDON

Sidon ialah bandar pelabuhan dan pembuatan

yang penting pada zaman Phoenicia purba. Tapak

bandar ini kini didirikan pekan Sayda, Lubnan.

UMUM 
PASAR-PASAR ARAB

Pasar-pasar Arab ialah kelab-kelab sastera

yang didirikan pada zaman Jahiliah dan Islam. Ia

memainkan peranan penting kepada kehidupan

orang Arab dari sudut keagamaan, kebudayaan,

ekonomi, dan sosial. Di sini akan diketengahkan

pengenalan mengenai pasar-pasar yang terkenal,

tempat, tarikh, matlamat, dan pengaruh pasar-

pasar tersebut.

UMUM 
PAKISTAN

Pakistan ialah negara Islam di selatan Asia. Nama

rasmi negara ini ialah Republik Islam Pakistan.

Lebih kurang 97 peratus penduduknya menganut

ajaran Islam. Agama merupakan sebab yang utama

Pakistan didirikan sebagai sebuah negara yang

merdeka.

UMUM 
TIANG

Tiang adalah unsur seni bina yang tegak bebas.

Apabila digunakan untuk tujuan struktur, tiang

kerap disusun berderet untuk membolehkan

ketebalan dinding dikurangkan dengan

menyokong berat dari atas. Sesetengah tiang yang

didirikan untuk tujuan hiasan atau peringatan,

merupakan satu sahaja. Tiang dibina daripada

pelbagai bahan termasuk kayu, batu, bata, logam

dan konkrit.

UMUM 
SANTOS

Santos (pend. 411 023) ialah bandar pelabuhan

yang utama di Brazil. Ia terletak di pinggir laut

tenggara Brazil, lebih kurang 40 kilometer dari São

Paulo, sebuah bandar besar. Untuk lokasi, lihat

Brazil (peta politik). Santos didirikan di sebuah

pulau kecil yang dihubungkan oleh jambatan

dengan tanah besar Brazil. Pengeluaran besi dan

keluli, keluaran petroleum dan kuasa hidroelektrik

turut memberikan sumbangan kepada ekonomi

bandar ini. Kebanyakan orang yang tinggal di

Santos bekerja di São Paulo.

UMUM 
SPLIT

Split (pend. 235 398 ) ialah bandar di selatan

Croatia yang membangun daripada bandar purba

Rom. Bandar ini terletak di pantai Lautan Adriatik

(lihat Croatia [peta]). Namanya dalam bahasa Itali

ialah Spalato. Bandar Split pada asalnya didirikan

pada sekitar tahun 295 M. dan ia termasuk dalam

lingkungan tembok kota batu yang mengelilingi

istana Maharaja Rom, Diocletian. Tinggalan istana

ini masih lagi ada yang kini menjadi pusat bandar

Split. Tinggalan bangunan Rom purba ini

memberikan satu contoh yang paling baik tentang

seni bina Rom. Hari ini, Split merupakan pelabuhan

penting dan juga pusat bagi perindustrian –

terutama sekali industri pembinaan kapal. Sebuah

loji janakuasa hidroelektrik yang besar terletak

tidak jauh dari bandar ini.

UMUM 
123456

Kembali ke atas