BIERCE, AMBROSE GWINETT | Bierce, Ambrose Gwinett (1842–1914?) ialah penulis dan wartawan Amerika. Dia terkenal dengan cerita perang yang realistik di samping cerita-cerita ngeri dan alam ghaib. Dia mempunyai gaya penulisan yang ringkas dan tepat. Watak-watak dalam ceritanya didorong oleh naluri yang paling rendah. Banyak wataknya bertindak seperti haiwan dengan sedikit hati nurani. Cerita-ceritanya ini menunjukkan betapa tertariknya Bierce terhadap kekejaman dan kematian. | UMUM | |
PERISTIWA PASIR SALAK | PERISTIWA PASIR SALAK, peristiwa kebangkitan orang Melayu menentang penjajahan British yang ditandai dengan pembunuhan J.W.W. Birch di Perak pada tahun 1875. Peristiwa ini didorong oleh hakikat bahawa pembesar Melayu berasa tertipu oleh politik British hingga menimbulkan kegelisahan di kalangan mereka sehingga mereka bertindak melakukan pembunuhan. Usaha pembunuhan British ditangani oleh Dato’ Maharaja Lela yang mendapat restu daripada Sultan Abdullah dan Raja Ismail. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
PUSAT DOKUMENTASI SASTERA H.B. JASSIN | PUSAT DOKUMENTASI SASTERA H.B. JASSIN, dokumentasi bahan sastera. Sebelum mendokumentasikan karya sastera, sejak tahun 1933, H. B. Jassin sudah mula mendokumentasikan buku hariannya, tulisannya dalam akhbar dan majalah, buku sekolah, buku-buku tulisan yang berisi karangan yang ditulisnya di dalam kelas, surat peribadi dan foto peribadi. Kecintaan H. B. Jassin terhadap dokumentasi mungkin didorong oleh ayahnya sendiri yang mempunyai perpustakaan peribadi waktu itu. | SASTERA | Karya |