Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dieksport


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
IMBANGAN PERDAGANGAN

Imbangan perdagangan ialah perbezaan antara nilai barangan yang dieksport dengan nilai barangan yang diimport dalam suatu jangka masa tertentu, biasanya setahun.

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
SITRON

Sitron ialah buah yang besar, biasanya masam

kelihatan seperti lemon. Ia adalah antara buah

sitrus yang terbesar. Pokok sitron tumbuh liar di

timur laut India. Ia juga ditanam secara komersial

di Corsica, Greece, Israel dan selatan Itali, dan

buahnya dieksport ke negara-negara lain. Pokok

sitron yang berduri mempunyai daun sepanjang

10 hingga 18 sentimeter. Tepi daunnya bergerigi

sedikit.

UMUM 
MAJOLICA

Majolica ialah sejenis tembikar yang disepuh

dengan oksida timah untuk menghasilkan warna

putih yang lembut. Kadang-kadang namanya dieja

sebagai maiolica. Reka bentuk dicat pada latar

belakang yang putih dengan oksida logam yang

lain. Oksida-oksida ini mengubah berbagai-bagai

warna pada latar belakangnya apabila tembikar itu

dibakar. Majolica diberi nama sempena nama

pulau Majorca, Sepanyol, tempat tembikar

dieksport ke Itali. Pusat untuk menghasilkan

tembikar ini berkembang di seluruh Itali.

UMUM 
PORT LOUIS

Port Louis (pend. 138 482) ialah ibu negara,

bandar terbesar dan pelabuhan terkemuka

Mauritius, negara pulau di Lautan Hindi. Port Louis

terletak di tanah pamah di pantai barat laut pulau

ini yang juga dikenali sebagai Mauritius. Untuk

lokasi, lihat Mauritius (peta). Industri utama bandar

ini ialah pembuatan tekstil, loji memproses

makanan, syarikat perkapalan, dan badan kerajaan.

Gula merupakan keluaran utama Mauritius yang

dieksport melalui Port Louis.

UMUM 
SAVAGE

Savage ialah sebatang sungai di pergunungan

barat laut Tasmania, Australia. Di sinilah terletaknya

lombong bijih besi yang mengeluarkan hasil

secara besar-besaran. Bijih besi gred rendah yang

dikenali sebagai magnetit dikeluarkan daripada

lombong dedah berhampiran sungai. Magnetit itu

ditumbuk menjadi debu, dan zarah besi

dikeluarkan daripadanya dengan menggunakan

magnet. Air ditambah dan sluri dipam sejauh 87

kilometer melalui saluran paip ke Port Latta. Di situ,

bijih besi dibentuk menjadi penabur yang

diameternya kira-kira satu sentimeter, dan

dikeraskan melalui proses pemanasan. Hampir

2 286 000 tan metrik penabur dipunggah setiap

tahun ke dalam kontena besar untuk dieksport ke

Jepun.

UMUM 
PERLOMBONGAN BESI

PERLOMBONGAN BESI, kegiatan melombong bijih besi secara kecil-kecilan oleh orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu pada awal abad ke-20.  Pada masa itu, hasil bijih besi hanya untuk kegunaan tempatan sahaja.  Pada tahun 1921, bijih besi mula dieksport kerana mendapat permintaan yang menggalakan dari Jepun yang sedang mengembangkan industri besi dan keluli.  Pada masa itu juga sebuah syarikat perlombongan Jepun, Ishihara Sangyo, memonopoli pengeluaran besi di Johor dan Terengganu.  Hasil eksport bijih besi pada tahun 1921 berjumlah 74 250 tan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGISumber/Bahan Alam
PERLAK

PERLAK, kerajaan Islam yang pertama di Kepulauan Nusantara, Perlak terletak di Propinsi Daerah Istimewa Aceh, Sumatera, Indonesia.  Menurut catatan sejarah, sebelum kedatangan agama Islam, Perlak diperintah oleh raja-raja keturunan Siam.  Daripada catatan kitab Idhamul Hao karangan Abu Ishak al-Makarani, negeri ‘Peureulak’ adalah sebuah negeri yang tertua di Sumatera dan namanya terkenal sepanjang abad di kalangan para pedagang dunia dari China, Arab, Parsi, Hindustan, Itali, Portugis dan lain-lain yang melalui Selat Melaka.  Di Perlak juga suatu masa dahulu banyak terdapat kayu yang dikenal sebagai kayu ‘peureulak’, yang sangat baik untuk dijaikan bahan binaan kapal, perahu, sampan dan bahtera.  Oleh sebab kayu ini banyak dieksport, dan sempena nama kayu tersebut, maka tempat itu pun dikenal sebagai negeri Perlak.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan

Kembali ke atas