Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diekstrak


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARAK PAHIT

Arak pahit ialah istilah bagi cecair yang

diekstrak daripada herba, daun, kulit kayu, akar,

atau putik buah yang pahit. Banyak orang yang

meminum arak pahit sebagai ubat untuk

menambahkan selera dan mengaktifkan

pencernaan. Manusia juga menggunakan arak

pahit sebagai perisa dalam minuman alkohol

tertentu. Sesetengah arak pahit jenis tertentu

termasuklah Angostura, cinchona, limau oren,

gentian, dan camomile.

UMUM 
ORRISROOT

Orrisroot ialah rizom (batang bawah tanah) iris

tertentu yang dikeringkan dan berbau wangi. Ia

digunakan untuk memberikan bau wangi violet

kepada minyak wangi. Minyak harum yang diekstrak

daripada orrisroot tidak begitu meluas digunakan

sebagaimana pada satu masa dahulu, kerana

harganya yang tinggi dan adanya pengganti sintetik.

Tetapi ia masih digunakan dalam minyak wangi

tertentu yang mahal harganya. Orrisroot berasal

daripada tiga spesies – Iris florentina, Iris

germanica, dan Iris pallida. Ketiga-tiga iris ini

ditanam dekat Verona dan Florence di Itali; dan

Grasse, di Perancis. Rizomnya digali pada musim

panas, dan dikeringkan dalam cahaya matahari. Ia

mengeluarkan bahan berlilin yang mengandungi

minyak yang berbau seperti violet dan digunakan

dalam minyak wangi. Lihat juga Iris.

UMUM 
TAIM

Taim ialah nama sekumpulan pudina rimbun,

berbau harum yang berasal dari kawasan

Mediterranean. Orang Yunani purba menggunakan

taim sebagai dupa di kuil. Taim mempunyai rasa

pahit yang menjadikannya perisa yang popular

dalam masakan daging dan sos. Thymol, iaitu ubat

antiseptik, dibuat daripada minyak yang diekstrak

daripada taim. Ubat ini digunakan dalam cecair

pencuci mulut dan ubat batuk.

UMUM 
RESIN

Resin ialah salah satu kelas bahan semula jadi

yang digunakan untuk membuat varnis, ubat-ubatan,

sabun, cat dan kegunaan lain. Penggunaan

resin semula jadi sebahagian besarnya telah

digantikan dengan resin sintetik (lihat Resin,

Sintetik ). Resin semula jadi boleh dibahagikan

kepada tiga kumpulan utama: (1) resin yang

mengalir dari pokok apabila pokok itu dilukakan

atau dipotong; (2) resin yang diekstrak dari kayu

dengan menggunakan pelarut; dan (3) resin fosil

yang dijumpai terpelihara bersama dengan

tinggalan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Sejenis

serangga skel yang dijumpai pada pokok acacia

juga mengeluarkan resin, dikenali sebagai lak .

UMUM 
TEBU

Tebu ialah tumbuhan rumput yang tinggi, yang

tumbuh di negara-negara tropika dan separa

tropika. Tebu terdiri daripada batang yang tegap

setinggi lima hingga sembilan meter dan

diameternya kira-kira lima sentimetar. Batang ini

mengandungi jus bergula yang daripadanya dibuat

gula dan molas. Serat tumbuhan yang tinggal

selepas jus diekstrak biasanya dibakar sebagai

bahan api untuk menjana elektrik. Serat ini juga

boleh digunakan untuk membuat papan serat dan

kertas. Apabila tebu diperah dan ditapai, ia

menghasilkan cecair yang disuling untuk membuat

etanol, iaitu alkohol biasa yang kadangkala

digunakan sebagai bahan api untuk kenderaan

bermotor.

UMUM 

Kembali ke atas