ENJIN DIESEL | Peratus setana C16 H34 dalam campuran setana dan -metil naftalena C11H10. | KEJURUTERAAN | Konsep |
DIESEL, RUDOLF | Diesel, Rudolf (1858–1913) ialah jurutera mekanik Jerman; membangunkan mesin pembakaran dalam yang menggunakan minyak sebagai bahan api. | UMUM | |
ENJIN DIESEL | Enjin diesel ialah sejenis enjin pembakaran dalam yang sebahagian besarnya digunakan untuk kerja berat. | UMUM | |
PANCITAN BAHAN API | Pancitan bahan api ialah sistem untuk menyuntik bahan api ke dalam silinder enjin petrol atau diesel. Ia menggantikan karburetor apabila digunakan pada enjin petrol. | UMUM | |
BOT TUNDA | Bot tunda merupakan bot kecil berkuasa tinggi yang mengendalikan kapal besar. Bot tunda beroperasi di laut, sungai dan terusan, juga di selat dan pelabuhan. Ia digerakkan oleh kuasa daripada stim, diesel, atau enjin diesel-elektrik. | UMUM | |
KETTERING, CHARLES FRANKLIN | Kettering, Charles Franklin (1876–1958) ialah jurutera dan pencipta Amerika. Dia membuat reka bentuk dan memajukan pelbagai keluaran industri seperti penghidup sendiri kereta, set pencahayaan ladang, petrol etil, laker cepat kering, enjin diesel dua kitar untuk kereta api dan enjin kereta mampatan tinggi. | UMUM | |
SALURAN PAIP | Saluran paip ialah sistem paip yang digunakan untuk menyalurkan bahan tertentu dalam jarak yang jauh. Saluran paip memainkan peranan yang penting dalam operasi dan ekonomi masyarakat moden. Saluran paip menyalurkan air untuk kegunaan isi rumah, perniagaan dan perusahaan, mengangkut gas asli, petroleum, dan juga hasil petroleum seperti minyak petrol, minyak tanah, dan minyak diesel. Saluran paip juga membawa sisa perusahaan dan air limbahan, abu dari batu arang, bijih besi, dan batu kapur untuk kegunaan perusahaan. | UMUM | |
MINYAK GAS | Minyak gas adalah satu pecahan (bahagian) apabila petroleum dipisahkan melalui penyulingan. Minyak gas didapati lebih kurang pada “pertengahan” penyulingan. Ia lebih berat daripada petrol dan parafin, dan lebih ringan daripada sulingan lube , yang dijadikan minyak pelincir dan lilin. Nama minyak gas diperoleh daripada penggunaan minyak ini dalam pengeluaran bahan api gas. Minyak gas ditukarkan kepada pecahan petroleum yang lebih ringan, seperti petrol dan bahan kimia. Ia juga digunakan untuk minyak diesel dan minyak bahan api. Lihat juga Petroleum (Penapisan petroleum). | UMUM | |