DIET | Diet ialah makanan dan minuman yang diambil oleh seseorang secara tetap setiap hari. Perkataan diet juga merujuk kepada amaun atau jenis makanan yang diperlukan untuk tujuan khusus, seperti mengurangkan atau menambahkan berat. | UMUM | |
AHLI DIET | Ahli diet ialah orang yang merancang menu dan menyelia penyediaan makanan. Lihat Diet; Pemakanan. | UMUM | |
IMPERIAL DIET | Merujuk kepada Majlis Badan Perundangan Negara Jepun atau lebih dikenali sebagai Japanese Kokai (Dewan kebangsaan) dan Teikoku Gikai (Dewan Imperial). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
DIET KANAK-KANAK | Diet kanak-kanak, makanan dan minuman yang sepatutnya diambil oleh kanak-kanak. Diet kanak-kanak penting kerana peringkat kanak-kanak merupakan peringkat pertumbuhan dan pembesaran. | PEMAKANAN | Kaedah |
DIET REMAJA | Diet remaja ialah pengambilan, pengawalan dan penyediaan makanan bagi golongan remaja. | PEMAKANAN | Kaedah |
DIET BAYI | Diet bayi ialah pengambilan, pengawalan dan penyediaan makanan yang penting untuk bayi. | PEMAKANAN | Kaedah |
DIET SEMASA LAKTASI | Diet semasa laktasi ialah makanan dan minuman yang perlu diambil oleh seseorang ibu selepas bersalin atau semasa dalam penyusuan. Laktasi merupakan perembesan susu daripada kelenjar susu. | PEMAKANAN | Kaedah |
DIET KUMPULAN DEWASA | Diet kumpulan dewasa ialah pengambilan, pengawalan dan penyediaan makanan bagi golongan dewasa. | PEMAKANAN | Kaedah |
DIET IBU HAMIL | Diet ibu hamil ialah pengambilan, pengawalan dan penyediaan makanan bagi golongan wanita yang mengandung. | PEMAKANAN | Kaedah |
DIET SEMASA DAN SELEPAS SAKIT | Diet semasa dan selepas sakit ialah makanan dan minuman yang perlu diambil oleh orang yang berada dalam keadaan tidak sihat. | PEMAKANAN | Kaedah |