THOTH | Thoth ialah dewa bulan Mesir purba yang menaungi tamadun dan seni intelek seperti penulisan, astronomi, matematik, perundangan, sihir, dan perbomohan. Thoth digambarkan dalam seni sebagai tubuh manusia yang berkepala burung sekendi. Thoth juga digambarkan sebagai babun berkepala anjing. Peranan utama Thoth di alam ghaib ialah menyelia neraca penimbang roh orang yang sudah meninggal dunia untuk menentukan sama ada orang itu bersalah atau tidak. Thoth juga dikaitkan dengan dewa lain. Thoth dianggap sebagai jurutulis dewa matahari Re dan malah ketua pegawai pentadbir Re. Dalam mitos penciptaan dari Memphis, Thoth menjadi lidah dewa pencipta, Ptah yang mencipta dunia. | UMUM | |
RE | Re, juga dieja Ra, ialah dewa matahari dalam mitologi Mesir. Re ialah dewa yang popular dan sering dikumpulkan bersama dewa Mesir yang lain. Oleh itu, dia sering kali digambarkan dalam pelbagai bentuk. Dewa matahari sering digambarkan sebagai sebuah cakera matahari yang ringkas. Dia juga muncul sebagai seorang kanak-kanak yang keluar dari sekuntum bunga teratai, dan sebagai seekor burung, singa, dan kucing. | UMUM | |
SHERRITT, AARON | Sherritt, Aaron (1857?–1880), warga Australia, telah digambarkan sebagai “rakan dan telegraf belukar untuk geng Kelly.” Dia dibunuh oleh Joe Byrne, salah seorang anggota geng tersebut. | UMUM | |
SHIVA | Shiva, dewa Hindu yang utama selain Vishnu Shiva ialah dewa sakti yang digambarkan memiliki kebaikan dan kejahatan. Penganut Hindu menggelarnya Pemusnah kerana ada masanya dia akan memusnahkan dunia ini untuk menciptanya semula. | UMUM | |
OSIRIS | Osiris ialah dewa kesuburan orang Mesir yang menjadi ketua dewa alam ghaib. Dia biasanya digambarkan sebagai mumia manusia yang berjanggut dan berkulit hijau atau hitam. Dia memegang tongkat gembala berkelok dan cemeti serta memakai mahkota putih berbentuk kon dengan bulu burung unta terselit di kedua-dua belah sisinya. | UMUM | |
PIRANHA | Piranha ialah ikan bergigi tajam yang hidup di tasik dan sungai di seluruh Amerika Selatan. Piranha telah digambarkan dalam filem dan dalam legenda sebagai pemangsa yang ganas, dahagakan darah yang boleh mengoyak-ngoyak manusia dalam beberapa saat. Dalam keadaan sebenar piranha jarang menyerang manusia. Walau bagaimanapun, piranha boleh menjadi masalah jika dilepaskan ke dalam perairan lain, tempat ia akan memakan banyak ikan asal, amfibia, dan lain-lain haiwan air. | UMUM | |
ORION | Orion, Si Pemburu, ialah buruj yang terang yang termasuk dua daripada bintang yang paling terang di langit. Orion sering digambarkan membelakangi kita. Dalam pandangan ini, bintang merah yang terang, Betelgeuse, menandakan bahu kirinya. Bintang putih biru yang dikenali sebagai Rigel menandakan kaki kanannya. Dua bintang yang lebih malap, Bellatrix dan Saiph, menandakan bahu kanan dan kaki kiri Orion. Orion mudah dikenal pasti melalui satu baris tiga bintang yang membentuk tali pinggangnya. Sebilah pedang, yang terbentuk daripada sebaris bintang yang malap, tergantung dari tali pinggangnya. | UMUM | |
SANTA KLAUS | Santa Klaus, juga dikenali sebagai Bapa Krismas, ialah lelaki tua dalam legenda yang membawa hadiah kepada kanak-kanak pada Hari Krismas. Dia sudah lama digambarkan sebagai seorang lelaki yang tegap, berjanggut yang memakai pakaian bulu berwarna merah. | UMUM | |
DIMENSI KEEMPAT | Dimensi keempat. Biasanya, kita memikirkan ruang terdiri daripada tiga dimensi: panjang, lebar dan tinggi. Sebuah kotak berukuran 6 meter panjang, 4 meter lebar, dan 2 meter tinggi boleh digambarkan oleh set nombor yang tertib (6, 4, 2). Set sedemikian juga boleh digunakan untuk memerihalkan kedudukan suatu titik dalam ruang– contohnya, kedudukan sebuah kapal terbang. Namun, ketiga-tiga nombor ini tidak dapat mewakili kedudukan kapal terbang yang sedang bergerak. Untuk menandakan kapal terbang yang sedang dalam penerbangan pada kedudukan tertentu, seperti (6, 4, 2), kita perlukan dimensi keempat, iaitu masa. | UMUM | |
NAGA | Naga ialah haiwan mitos dalam sastera rakyat banyak budaya Eropah dan Asia. Legenda memerikan naga sebagai makhluk yang besar bak cicak, yang bernafas mengeluarkan api, dan mempunyai ekor yang panjang bersisik. Di Eropah, naga biasanya digambarkan sebagai haiwan yang ganas, yang melambangkan kejahatan yang ditentang oleh manusia. Tetapi di Asia, terutamanya di China dan Jepun, haiwan ini biasanya dianggap sebagai makhluk yang suka berkawan yang membawa tuah dan kekayaan. | UMUM | |