SENANDUNG | Senandung ialah gubahan muzik yang mengandungi kedua-dua bentuk instrumental dan vokal. Bentuk instrumental lebih penting dalam sejarah muzik. Ia mengandungi koleksi banyak pergerakan (bahagian) pendek yang digarap untuk kumpulan kecil alat petikan, alat tiupan atau kedua- duanya. Pergerakannya mungkin termasuk rentak mac dan minuet. Alatan senandung dibentuk sebegitu rupa pada akhir tahun 1700-an. | UMUM | |
HADIAH BAHASA | HADIAH BAHASA, satu bentuk penghargaan tahunan yang diberikan kepada penulis karya ilmiah dalam bahasa Melayu di Malaysia. Konsep Hadiah Bahasa ditimbulkan dalam kepesatan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Karya ilmiah yang layak dicalonkan untuk hadiah ini adalah dalam bentuk buku yang telah terbit. Bidang yang digarap meliputi segala bidang ilmiah, baik sains jati mahupun sains kemanusiaan dan kemasyarakatan. | BAHASA | Anugerah/Hadiah |
SI BONGKOK TANJUNG PUTERI | SI BONGKOK TANJUNG PUTERI, drama karya Shaharom Hussain. Buku drama ini diterbitkan oleh Pustaka Melayu, Singapura pada tahun 1961. Si Bongkok Tanjung Puteri mengambil kisah sejarah tempatan yang telah diceritakan secara lisan oleh golongan tua berdasarkan kejadian yang sebenar berlaku kira-kira 150 tahun lalu di negeri Johor. Ia adalah satu cerita yang berhubung rapat dengan sejarah Tanjung Puteri (kini Johor Bahru) dan sejarah Temenggung Daing Ibrahim, pemerintah ketika itu, yang berusaha menghapuskan ancaman lanun di perairan Johor dan Singapura. Cerita yang digarap berdasarkan sejarah ini telah digubah dan disusun serta dipentaskan dengan tujuan untuk perkembangan seni drama Melayu. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |