Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata digubal


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AKTA PEMAJUAN PERUMAHAN (KAWALAN DAN PELESENAN) 1966

Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966, digubal untuk mengawal selia syarikat pemaju perumahan demi menjamin kebajikan pembeli rumah. Akta ini digubal pada tahun 1966 dan berkuat kuasa pada bulan Ogos 1969.

UNDANG-UNDANGAkta
PERATURAN QUEENSBERRY

Peraturan Queensberry ialah sekumpulan

peraturan untuk perlawanan tinju. Ia digubal

dengan penyeliaan Marquess of Queensberry

pada tahun 1867.

UMUM 
RESOLUSI KUASA PERANG

Resolusi Kuasa Perang ialah undang-undang

Amerika Syarikat yang digubal untuk mengimbangi

kuasa ketenteraan presiden dan Kongres. Undang-

undang ini diluluskan pada tahun 1973, dan lebih

dikenali sebagai Akta Kuasa Perang. Menurut

Seksyen 4(a)(1) resolusi ini, presiden mesti

memaklumkan kepada Kongres dalam tempoh 48

jam sekiranya tentera Amerika Syarikat hendak

dihantar ke kawasan musuh tanpa pengisytiharan

perang. Di samping itu, tentera tersebut tidak

boleh berada di kawasan tersebut lebih daripada

90 hari melainkan Kongres meluluskan tindakan

presiden itu atau mengisytiharkan perang.

UMUM 
MAHARANI AND COMPANY

MAHARANI AND COMPANY, antara syarikat kerjasama Melayu yang terawal. Syarikat kerjasama ini telah ditubuhkan pada tahun 1925 oleh sekumpulan orang Melayu Muar, Johor. Syarikat kerjasama mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1921. Pada tahun 1922, satu enakmen koperasi telah digubal di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Berasaskan enakmen ini, Undang-undang Koperasi bagi negeri-negeri lain juga telah digubal.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
AKTA PILIHANRAYA 1958

Akta Pilihan Raya 1958. Akta yang digubal pada tahun 1958  untuk membuat peruntukan berkaitan dengan pilihan raya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri-Negeri.

UNDANG-UNDANGAkta
AKTA KANAK-KANAK DAN ORANG MUDA (KERJA) 1966

Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Kerja) 1966. Akta yang digubal untuk mengawal selia pengambilan pekerja kanak-kanak dan orang muda.

UNDANG-UNDANGAkta
EJAAN BAHARU BAHASA INDONESIA

EJAAN BAHARU BAHASA INDONESIA, sistem  ejaan yang digubal oleh sebuah jawatankuasa kebahasaan yang dibentuk di bawah naungan Lembaga Bahasa dan Kesusasteraan Direktorat Djenderal Kebudayaan, Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, Republik Indonesia. Penghasilan ejaan ini merupakan suatu perakuan tentang sistem ejaan untuk bahasa Indonesia pada 31 Ogos 1966. Sistem ejaan lebih praktis dicadangkan untuk melengkapkan sistem ejaan yang sedia ada. Sistem ejaan ini pada mulanya diberi nama Sistem Ejaan Praktis Bahasa Indonesia, kemudian ditukar menjadi Sistem Ejaan Lembaga dan Kesusasteraan (LBK).

BAHASABahasa
AKTA KAWALAN HARGA 1946

Akta Kawalan Harga 1946, akta yang membenarkan pengawalan harga bagi semua jenis barang oleh pihak berkuasa. Akta ini telah digubal pada tahun 1946 dan disemak pada tahun 1973.

UNDANG-UNDANGAkta
AKTA PERUBATAN 1971

Akta Perubatan 1971, akta yang memperuntukkan pendaftaran, amalan dan peraturan tatatertib pengamal perubatan. Akta ini digubal dan berkuat kuasa pada bulan September 1971.

UNDANG-UNDANGAkta
BUKIT AMAN

BUKIT AMAN, kompleks Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia.  Segala dasar, arahan, dan perintah untuk seluruh pasukan polis digubal dan dikeluarkan dari Bukit Aman. Di sini juga terletak Pusat Kawalan Negara (Malaysia Control Centre) yang disifatkan sebagai nadi negara.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
12

Kembali ke atas