SKROL | Skrol ialah segulung kertas, kertas kulit, atau bahan lain yang digunakan untuk ditulis di atasnya. Kebanyakan skrol digulung pada gangsa, gading, atau kayu. Ada kalanya penggulung ini dihiasi di kedua-dua hujungnya dengan tombol kecil atau hiasan lain. Tombol melindungi skrol dan memudahkannya dipegang. Skrol biasanya ditutup pada kedua-dua hujung, dan apabila ia digunakan gulungnya dibuka daripada satu rod dan digulungkan pada rod yang satu lagi. | UMUM | |
SURAH AL-TAKWIR | Surah al-Takwir ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-81 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 29 ayat. Ia dinamakan al-Takwir (digulung) kerana firman Allah S.W.T. bermaksud: “Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap)”. (Surah al-Takwir 81:1) | UMUM | |
SWAGMAN | Swagman ialah pekerja ladang yang tidak tetap bekerja di satu-satu tempat di Australia pada tahun 1800-an. Mereka membawa barang-barang mereka dalam karung yang dikenali sebagai swag, yang biasanya terdiri daripada sehelai bluey (selimut biru pengembara) yang digulung bersama pakaian ganti di dalam kain tarpal (yang boleh dijadikan hamparan). | UMUM | |
TIKAR | TIKAR, sejenis anyaman yang boleh digunakan sebagai alas duduk dalam masyarakat Melayu. Tikar luas penggunaannya dalam kehidupan masyarakat lama Melayu. Betapapun bersihnya lantai atau telah sedia ada alas di lantai, namun bagi memenuhi adat resam, apabila sesuatu ruang atau tempat hendak digunakan sebagai tempat duduk, lazimnya akan dibentangkan tikar terlebih dahulu. Maka itu umumnya rumah orang Melayu mempunyai tempat khas menyimpan tikar yang digulung dengan kemas. Tikar yang baik mutunya akan dibalut dengan kain apabila menyimpannya. | BUDAYA | Alat/Alatan |