SKROL | Skrol ialah segulung kertas, kertas kulit, atau bahan lain yang digunakan untuk ditulis di atasnya. Kebanyakan skrol digulung pada gangsa, gading, atau kayu. Ada kalanya penggulung ini dihiasi di kedua-dua hujungnya dengan tombol kecil atau hiasan lain. Tombol melindungi skrol dan memudahkannya dipegang. Skrol biasanya ditutup pada kedua-dua hujung, dan apabila ia digunakan gulungnya dibuka daripada satu rod dan digulungkan pada rod yang satu lagi. | UMUM | |
POTTER, BEATRIX | Potter, Beatrix (1866–1943) ialah pengarang dan pelukis Inggeris yang terkenal dengan cerita haiwan kecil yang menyeronokkan untuk kanak- kanak. Bukunya menggabungkan kisah pengembaraan dan jenaka serta dihiasi lukisan cat air yang cantik menggambarkan aksi dan suasana cerita itu. Cerita Potter yang pertama dan paling terkenal ialah The Tale of Peter Rabbit (1902). | UMUM | |
KATIL | Katil ialah barang perabot yang digunakan untuk tidur atau berehat. Sepanjang sejarah, katil-katil terdiri daripada jenis yang mudah dengan tilam berisi jerami hinggalah kepada katil daripada jenis perabot yang beradun dengan rangka yang menarik dan dihiasi pula dengan fabrik yang mahal lagi mewah. | UMUM | |
MAHKOTA | Mahkota ialah perhiasan bulat yang dipakai di atas kepala atau di sekeliling kepala sebagai simbol kuasa, merit, dan kehormatan. Mahkota diraja ialah simbol kuasa tertinggi raja atau permaisuri, tetapi biasanya dipakai pada upacara negara sahaja. Mahkota seperti itu diperbuat daripada emas, diukir dan dihiasi batu permata yang mahal. | UMUM | |
OLD BAILEY | Old Bailey ialah nama biasa bagi Mahkamah Jenayah Pusat di London. Bangunan mahkamah ini terletak di Jalan Old Bailey. Jalan ini dahulunya membentuk sebahagian daripada bailey (laman dalam) antara Ludgate dengan Newgate. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1907. Ia tersergam di atas tapak penjara Newgate. Bumbung kubahnya yang dihiasi patung keadilan memegang sebilah pedang dan dacing merupakan salah satu tarikan yang terkenal di bandar raya London. | UMUM | |
KERONGSANG | KERONGSANG, barang perhiasan diri yang disematkan di baju atau alat untuk mengancing baju. Biasanya kerongsang digunakan untuk mencantumkan belahan baju kebaya labuh dan baju belah. Kerongsang dibentuk dengan menggunakan logam emas, perak, suasa dan tembaga, dan dihiasi batu permata seperti zamrud, nilam, intan dan delima. | BUDAYA | Kraf Tangan |
ATRIUM | Atrium ialah bilik tengah dalam rumah orang Rom awal. Dalam atrium terletak perdiangan yang digunakan untuk memasak, tidur dan berhibur. Satu lubang di tengah-tengah bumbung membolehkan asap keluar. Apabila reka bentuk rumah orang Rom meningkat maju, dapur dan perdiangan dipindahkan ke ruang lain. Atrium kekal sebagai ruang tamu rasmi dan pusat kegiatan keluarga. Air hujan yang masuk melalui lubang di tengah-tengah bumbung ditadah dalam besen marmar yang dikenali sebagai impluvium. A trium orang Rom yang tipikal dan terkemudian dihiasi dengan mewah. Lihat Rom Purba (gambar: rumah orang Rom). | UMUM | |
KAIN SEBAI | KAIN SEBAI, kain yang disangkut di leher sebagai penutup bahu dengan kedua-dua puncanya bergantung di dada. Dalam hikayat lama, kain sebai juga disebut ‘tetampan’ atau ‘selampai’ yang disangkutkan di bahu. Kain sabai dibuat daripada kain sutera atau satin. Pada masa dahulu, kain sebai disulam dengan bunga-bungaan dan dihiasi renda-renda emas. | BUDAYA | Kraf Tangan |