PHUKET | Phuket ialah pulau yang terbesar di Thailand. Ia terletak 885 kilometer ke selatan Bangkok di Laut Andaman. Phuket dihubungkan ke tanah besar oleh Jambatan Sarasin. Untuk melihat lokasi Phuket, lihat Thailand (peta). Phuket ditadbirkan sebagai wilayah Thailand . | UMUM | |
MOUNT ISA | Mount Isa (pend. 23 348) ialah sebuah bandar di barat laut Queensland, Australia, lebih kurang 966 kilometer ke barat Townsville. Ia dihubungkan oleh sebatang jalan ke Townsville, Brisbane, Alice Springs, dan Darwin. Mount Isa ialah salah sebuah tapak lombong bawah tanah yang terkaya dan terbesar di dunia. Lapisan tembaga, perak, plumbum, dan zink didapati berdekatan antara satu sama lain tetapi dilombong dan diproses secara berasingan. | UMUM | |
SEMENANJUNG | Semenanjung ialah kawasan daratan yang hampir dikelilingi oleh air. Beberapa semenanjung, seperti India, bercantum dengan tanah besar oleh tapak yang luas. Ada juga yang dihubungkan oleh jalur tanah yang sempit, yang dikenali sebagai genting (lihat Segenting ). Arab Saudi adalah semenanjung yang paling besar di dunia meliputi keluasan kira-kira 2 600 000 kilometer persegi. | UMUM | |
TASIK EYRE | Tasik Eyre ialah tasik yang terbesar di Australia. Ia terletak di tengah utara Australia Selatan. Untuk lokasi, lihat Australia Selatan (peta). Tasik Eyre hampir terbahagi kepada dua tasik yang dihubungkan oleh Terusan Goyder yang sempit. Panjang bahagian utara Tasik Eyre ialah 145 kilometer dan lebarnya 64 kilometer dan panjang bahagian selatan ialah 61 kilometer dan lebarnya 26 kilometer. Keluasan tasik ini ialah 9583 kilometer persegi. | UMUM | |
AYAT MAJMUK | Ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada 2 ayat mudah atau lebih yang dihubungkan oleh kata hubung, atau dipisahkan oleh koma, koma bertindih atau titik bertindih. Contohnya diberikan seperti berikut: | BAHASA | Konsep |
PERMATA KELAHIRAN | Permata kelahiran ialah permata yang dikaitkan dengan sesuatu bulan bagi setahun. Menurut tradisi, permata kelahiran membawa nasib yang baik kepada orang yang dilahirkan pada bulan yang berkaitan dengan batu itu. Setiap permata kelahiran juga dihubungkan dengan tanda zodiak. Walau bagaimanapun, tarikh lahir bagi setiap tanda tidak serupa dengan permulaan dan akhir setiap bulan. | UMUM | |
BANI HASHIM | Bani Hashim, keturunan yang dihubungkan dari segi salasilahnya dengan Hasyim bin Abd al-Manaf (500-524 M), salah seorang pembesar bangsa Quraisy yang paling mulia dan dihormati pada Zaman Jahiliah. | AGAMA | Bangsa/Suku/Kaum |
BANI ISRAIL | Bani Israil, keturunan atau kelompok bangsa yang dihubungkan dengan Nabi Yaakub bin Ishak a.s. | AGAMA | Bangsa/Suku/Kaum |
ATLANTIC INTRACOASTAL WATERWAY | Atlantic Intracoastal Waterway (Jalan Air Intrapantai Atlantik) ialah jalan air terlindung yang digunakan oleh bot di sepanjang Pantai Atlantik di Amerika Syarikat. Ia terdiri daripada satu siri sungai, muara, teluk, selat, dan serokan, yang hampir kesemuanya dihubungkan oleh terusan. | UMUM | |
TASIK MARACAIBO | Tasik Maracaibo ialah jalan air perdagangan bagi kawasan perladangan dan petroleum yang kaya di bahagian barat laut Venezuela. Tasik Maracaibo merupakan tasik yang terbesar di Amerika Selatan. Tasik ini meliputi kawasan seluas 13 512 kilometer persegi. Tasik ini dihubungkan dengan Laut Caribbean oleh sebuah terusan pendek dan Teluk Venezuela. Sebuah jambatan yang panjangnya 8.9 kilometer merentasi terusan tersebut. Jambatan tersebut cukup tinggi bagi membolehkan kapal-kapal besar belayar di bawahnya. Terdapat banyak telaga minyak di dalam tasik tersebut dan di sepanjang pesisirnya. | UMUM | |