TIANG SEBATAN | Tiang sebatan ialah tempat pesalah diikat untuk disebat sebagai hukuman. Hukuman ini satu ketika dahulu dilakukan di hadapan khalayak ramai. Kebanyakan kampung di England mempunyai tiang untuk menjalankan hukuman sebatan ini di dataran awamnya. Tiang ini biasanya dilengkapi dengan pasung (lihat Pasung ). | UMUM | |
MIKA | Mika ialah nama sekumpulan mineral yang mengandungi atom aluminium, oksigen dan silikon yang diikat menjadi kepingan yang leper. Mika mempunyai belahan yang sempurna iaitu, ia membelah dengan licin kepingan atau lapisan menjadi yang nipis. Kepingan mika adalah kukuh, mudah lentur dan anjal. Mika boleh jadi tidak berwarna atau berwarna hitam, perang, hijau atau ungu. | UMUM | |
DESTAR | DESTAR, sejenis pakaian di kepala yang di sesetengah tempat dikenali dengan setangan, tengkolok atau tanjak, mengikut reka bentuknya. Destar biasanya menggunakan kain yang dipintal dan diikat di kepala seperti serban, atau diikat di keliling tarbus tinggi atau kopiah. Ada juga destar yang dibuat daripada sehelai kain (setangan) yang sederhana besarnya dan diikat di kepala mengikut cita rasa pemakainya. Sekiranya lipatan kain itu meruncing ke atas, ikatan ini disebut tanjak. Tengkolok pula lebih rumit reka bentuknya yang biasanya dipakai oleh raja dan orang bangsawan. | BUDAYA | Konsep |
PISCES | Pisces (atau lambang ikan) ialah nama buruj (kumpulan bintang) di Hemisfera Utara, dan juga merupakan salah satu daripada 12 tanda zodiak. Pisces disimbolkan oleh dua ikan dengan kedua- dua ekornya diikat bersama dengan tali pintal. | UMUM | |
SIMBAL | Simbal ialah sejenis alat perkusi bras yang bentuknya seperti topi dengan tepinya yang lebar. Bahagian tengah simbal ini menyerupai kepala atau puncak topi. Ahli muzik memegang pada pemegang kulit simbal yang diikat pada bahagian tengah gendang ataupun dengan menggantungkan alat ini pada tempat khas. Pemain boleh menghasilkan ton yang berubah-ubah mutunya dengan cara memukul dua simbal bersama-sama atau dengan cara memukul satu simbal dengan menggunakan sejenis tukul khas. Tukul ini diperbuat daripada logam atau kayu dan sesetengahnya dibalut dengan kain felt atau yarn. | UMUM | |
MEMBALING TUKUL BESI | Membaling tukul besi, acara padang yang menggunakan sejenis bola besi yang diikat pada dawai besi. | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
SAUH | Sauh ialah benda berat yang digunakan untuk menetapkan kedudukan kapal atau bot. Jenis sauh yang paling biasa dibuat daripada besi atau keluli. Tali atau rantai besi, yang dinamakan kabel sauh, dilekatkan pada sauh dan seterusnya diikat pada kapal. Apabila sauh diturunkan ke dasar air, ia terbenam ke dalam lumpur untuk menetapkan kedudukan kapal. Kebanyakan kapal besar membawa dua atau lebih sauh. Sauh-sauh ini mesti dinaikkan dan diturunkan oleh win (mesin hela). Membongkar sauh bermakna menarik sauh dari air | UMUM | |
PAKAIAN | Pakaian ialah semua jenis pakaian, dan perhiasan yang dipakai oleh orang di seluruh dunia. Seorang Eskimo mungkin sahaja memakai but, seluar panas dan kot tebal, seorang Afrika yang tinggal di sebuah kampung mungkin hanya memakai sehelai kain yang diikat sekeliling pinggang dan seorang jururawat berkemungkinan memakai pakaian seragam dan topi khas. Seorang kakitangan bank di London berkemungkinan memakai sut perniagaan dan topi berbentuk pembaling bola. Setiap orang memakai pakaian yang berlainan, kerana semuanya merasakan perlu memakai pakaian tertentu, sama seperti makanan dan tempat perlindungan, pakaian merupakan salah satu daripada keperluan manusia yang sangat penting. | UMUM | |
CINDAI | CINDAI, sejenis tekstil yang dihasilkan dengan teknik tenun benang ikat ganda. Benang pakan dan loseng diikat celup dengan bahan pencelup semula jadi terlebih dahulu sebelum ditenun, bagi menghasilkan motif dan corak kain. | BUDAYA | Kraf Tangan |
SIRENS | Sirens ialah nimfa laut dalam mitologi Yunani yang tinggal di sebuah pulau. Dua Sirens ada disebutkan dalam puisi epik Yunani, Odyssey. Kebanyakan pengarang yang terkemudian menulis tentang kira-kira tiga Sirens dalam karya mereka. Nyanyian merdu Sirens mengumpan pelaut menuju kebinasaan di pantai pulau yang berbatu-batan. Dalam sesetengah cerita, Sirens-Sirens akan mati jika dapat belayar tanpa merasa terharu mendengar nyanyian mereka. Wira Odysseus (Ulysses dalam bahasa Latin menyumbatkan lilin di dalam telinga kelasinya supaya mereka tidak dapat mendengar suara Sirens. Kemudian dia meminta dirinya diikat pada tiang. Odysseus dengan itu dapat mendengar suara Sirens tanpa membahayakan kapalnya. Dalam seni lukis, Sirens pada mulanya digambarkan sebagai burung yang berkepala wanita dan kemudiannya sebagai wanita yang berkaki burung dan kadangkala bersayap. Lihat juga Odyssey (gambar;) Capri. | UMUM | |