Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diiktiraf


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ABU NU‘AYM AL-ASBAHANIY

Abu Nu‘aym al-Asbahaniy (336 H.–430 H./948

M.–1038 M.), penghafaz hadith, ahli sejarah dan

ulama besar dalam bidang hadith yang diiktiraf oleh

ramai guru. Nama sebenarnya ialah Ahmad ibn

‘Abdullah ibn Ahmad al-Mihraniy al-Asbahaniy. Dia

sering bersendirian dalam usaha mendapatkan

ijazah daripada gurunya sebagaimana dia

bersendirian dalam mencari ilmu daripada para

ulama. Ramai penghafaz hadith datang mencarinya

untuk mendapatkan hadith kerana keilmuannya,

kuat penjagaannya terhadap hadith dan ketinggian

sanad-sanadnya. Ibn Mardawayh berkata “Tidak ada

orang yang lebih tinggi hafalan serta ilmu sanad

hadith selain daripadanya”. Antara karya hasil

karangan Abu Nu‘aym al-Asbahaniy ialah: Hilyah al-

Awliya’; al-Mustakhraj ‘ala al-Bukhariy; al-Mustakhraj

‘ala Muslim; Dala’il al-Nubuwwah; Ma‘rifah al-

Sahabah; Tarikh Asbahan; Fada’il al-Sahabah; Sifat al-

Hibnah wa al-Tibb dan al-Mu‘taqid . Abu Nu‘aym al-

Asbahaniy hidup selama 94 tahun.

UMUM 
PERJANJIAN SÈVRES

Perjanjian Sèvres. Pada akhir Perang Dunia I

(1914–1918), Empayar Uthmaniyyah Turki dan

Pihak Berikat menandatangani Perjanjian Sèvres

di Sèvres, Perancis. Perjanjian tersebut telah

ditandatangani pada 10 Ogos 1920 dan

menandakan titik kelemahan kuasa dan sejarah

Turki. Perjanjian tersebut menyatakan bahawa

Syria , Palestin dan Mesopotamia (kini Iraq) akan

diiktiraf sebagai negara yang merdeka dengan

kuasa mandatori sebagai penasihat”.

UMUM 
PESTA MENUAIPESTA MENUAI,  perayaan tahunan masyarakat Dusun-Kadazan di Sabah selepas menuai untuk memuja ‘magavau’ (semangat padi). Dengan usaha Tun Fuad Stephens, bekas Ketua Menteri Sabah, pesta ini diiktiraf oleh pentadbiran British Borneo Utara sebagai perayaan rasmi tahunan masyarakat Dusun-Kadazan dan dikenal sebagai ‘Tadau Kaamatan’. Magavau merupakan salah satu daripada upacara dan persembahan ketika menyambut perayaan Tadau Kaamatan.BUDAYAPerayaan/Upacara
PENDIDIKAN GURU

PENDIDIKAN GURU, latihan perguruan yang diberikan kepada calon guru supaya dia berupaya dan diiktiraf sebagai seorang guru yang terlatih. Pendidikan guru di Malaysia bertujuan untuk menyediakan guru sekolah rendah dan sekolah menengah. Latihan perguruan ini boleh didapati di maktab perguruan dan di universiti tempatan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIDisiplin Ilmu
KESULTANAN PERLIS

KESULTANAN PERLIS, institusi kerajaan Perlis. Kesultanan Perlis merupakan kesultanan yang paling kecil sekali antara sembilan buah Kesultanan Melayu. Penubuhan Kesultanan Perlis menunjukkan keunikan sosiopolitiknya sekiranya diban dingkan dengan Kesultanan Melayu yang l ain. Sejarah Perlis sebagai sebuah wilayah dalam Kesultanan Kedah telah wujud sejak zaman lam­pau dan Perlis selalu dilihat sebagai tapak pedalaman kuasa politik raja pemerintah Kedah. Namun sejarah Kesultanan Perlis hanya bermula antara tahun 1839 hingga tahun 1842 apabila wilayah itu dipisahkan dari Kedah dan diiktiraf oleh Raja Siam sebagai sebuah negeri yang berdaulat dalam lingkungan politik Siam. Dengan itu, dapat dikatakan bahawa kewujudan Kesultanan Perlis adalah kesan campur tangan kuasa luar dan legitimasi dinasti pemerintahnya berasaskan surat tauliah Raja Siam pada tahun 1842. Hingga tahun 1909, alat kebesaran Raja Perlis ialah surat bertauliah tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
ORANG BELAIT

ORANG BELAIT, satu rumpun bangsa Melayu yang diakui sebagai puak jati Melayu dan diiktiraf sebagai warganegara Brunei Darussalam. Di Negara Brunei Darussalam, bangsa Belait lebih dikenal sebagai puak Belait atau orang Belait.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
ANGKATAN TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR

ANGKATAN TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR, pasukan askar yang berkhidmat untuk kerajaan negeri Johor.  Pasukan ini disebut juga Johore Military Force dan ditubuhkan pada tahun 1986.  Penubuhannya adalah sebagai satu simbol kemerdekaan negeri Johor yang diiktiraf oleh British dalam Perjanjian British-Johor pada 11 Disember 1885.  Sultan Abu Bakar menitahkan supaya ditubuhkan satu pasukan infantri yang dinamakan Angkatan Timbalan Setia Negeri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SAFARIYYAH, KERAJAAN

Safariyyah, Kerajaan (254–289 H./ 868–902 M.).

Kerajaan Safariyyah didirikan di bahagian selatan

Iran. Nama kerajaan ini bersempena dengan nama

Ya‘kub ibn al-Layth al-Safar, seorang yang berani,

yang mengambil kesempatan semasa kerajaan

Abbasiyyah lemah akibat bergolak politik serta

kekacauan yang semakin serius, yang dilakukan oleh

orang Negro. Dia memang bercita-cita untuk

menguasai kawasan selatan Iran, Parsi dan

Khurasan. Dia berjaya menubuhkan kerajaannya

selepas menjatuhkan kerajaan al-Tahiriyyah, dan

diiktiraf oleh Baghdad sebagai gabenor yang

merdeka. Namun, dia masih belum berpuas hati

malah bercita-cita untuk mengambil alih kedudukan

orang Turki di Baghdad. Kerajaan terpaksa akur

kepada kehendaknya apabila dia menyiapkan

angkatan tentera untuk tujuan tersebut. Justeru itu,

al-Safar diberi pengiktirafan sebagai gabenor di

wilayah Khurasan, Tabaristan, Jurjan, Ray dan Parsi.

Dia juga dilantik sebagai Ketua Polis Baghdad dan

Samarra’. Al-Safar masih belum berpuas hati. Dia

berhasrat untuk ke Baghdad dan mengambil alih

Baghdad yang merupakan pusat kekuasaan bangsa

Turki. Khalifah al-Muwaffaq tidak ada pilihan lain

kecuali bertindak memerangi al-Safar. Khalifah

mengetuai satu angkatan tentera lalu menyerang al-

Safar berserta tenteranya dan berjaya menewaskan

mereka. Al-Safar tewas kerana tenteranya berpaling

tadah dan menyertai tentera khalifah apabila mereka

melihat pasukan yang akan ditentang diketuai oleh

khalifah sendiri.

UMUM 
BRUCKNER, ANTON

Bruckner, Anton (1824–1896) ialah penggubah

muzik Austria semasa zaman romantik. Bruckner

dikagumi pada zamannya sebagai pemain organ

dan penggubah lagu-lagu gereja. Kini, dia lebih

diiktiraf kerana sembilan simfoninya.

UMUM 
KELIAN PAUH

KELIAN PAUH, kawasan bijih timah yang terletak di daerah larut, Perak.  Pada tahun 1840-an, Long Jaafar telah menemui endapan bijih timah di kawasan ini.  Dia telah berusaha membuka lombong tersebut dengan meminjam modal daripada saudagar-saudagar di Pulau Pinang dan menggalakkan orang Cina daripada puak Hai San untuk melombongnya.  Dengan kejayaannya ini, Long Jaafar mula mengumpulkan kekayaan dan pengaruh.  Kedudukannya telah diiktiraf secara rasmi oleh Raja Muda Perak, Ngah Ali, dan pembesar-pembesar lain seperti Temenggung Panglima Bukit Gantang.  Panglima Kinta, Syahbandar dan Seri Adika Raja, apabila mereka menandatangani sepucuk surat mengesahkan kedudukan Long Jaafar di Larut pada tahun 1850.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
12

Kembali ke atas