Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diingini

Peribahasa

Ikan tergantung,
     kucing tunggu.

Bermaksud :

Mengharapkan untuk memperoleh barang yang diingini.

 

Lihat selanjutnya...(3)

320

If you lie down with dogs, you'll get up with fleas

Jika membabitkan diri dengan orang jahat atau aktiviti gelap, lama-kelamaan kita juga akan terbabit sama.

Bagaimana pohon tidak akan tumbang dipanah halilintar, baluhan kulit ada di batangnya

I advise you to stay away from those people and their illegal affairs because if you lie down with dogs, you'll get up with fleas. Sooner or later, I bet that you will acquire their undesireable qualities.

Aku menasihati kau agar jauhkan diri daripada orang itu dan kegiatan haram mereka kerana bagaimana pohon tidak akan tumbang dipanah halilintar, baluhan kulit ada di batangnya. Aku pasti lama-kelamaan, sifat mereka yang tidak diingini akan menjangkiti k

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TARPON

Tarpon ialah ikan buruan yang besar yang

kelihatan seperti ikan hering. Ia hidup di Lautan

Atlantik dari Long Island, New York, Amerika

Syarikat hingga ke Brazil, di Teluk Mexico, dan di

perairan Hindia Barat. Ia banyak terdapat di luar

pantai selatan Atlantik di Amerika Syarikat. Ia juga

didapati di luar pantai di Sepanyol, Portugal, dan

Azores. Tarpon membesar sepanjang 2.5 meter dan

beratnya mungkin 90 kilogram. Isinya kasar dan

tidak diingini untuk dijadikan makanan.

UMUM 
TOLAK BALA

TOLAK BALA, satu kompleks perlakuan bercorak ritual dengan tujuan menghindari daripada kejadian buruk, sial, nasib tidak baik, atau apa sahaja yang tidak diingini berlaku kepada diri dan komuniti sesuatu masyarakat. Dari segi individu, perlakuan itu tidak mungkin merupakan ritual, tetapi perlakuan mengawal, mengelak mahupun menyisih. Bala tadi tidak sahaja bencana yang didatangkan oleh sesuatu tenaga asing atau luar seperti hantu atau jembalang, tetapi oleh nasib atau untung diri sendiri.

BUDAYAAdat
PUTUS UBATPUTUS UBAT,  satu upacara yang diadakan sempena selesainya rawatan dan pengubatan yang diterima oleh seseorang bekas pesakit daripada bomoh.  Upacara ini diadakan untuk mengelakkan bomoh dan juga pesakit daripada ditimpa perkara-perkara yang tidak diingini.  Dipercayai bomoh yang bertanggungjawab memulihkan pesakit akan ditimpa penyakit yang sama jika upacara ini tidak diadakan.BUDAYAPerayaan/Upacara

Kembali ke atas