Tanzania ialah sebuah negara yang besar di timur Afrika yang bersempadan dengan Lautan Hindi. Sebahagian besar Tanzania terletak di tanah besar Afrika dan sebahagian yang lain terdiri daripada beberapa buah pulau yang berhampiran. Ibu negara Tanzania dan bandar terbesarnya ialah Dar es Salaam. Sebuah ibu negara yang baru, Dodoma, di bahagian tengah Tanzania dijadualkan siap pada tahun 1990-an. Nama rasmi negara ini ialah Republik Bersatu Tanzania. |