| BAKUL | BAKUL, bekas untuk mengisi barang, yang dianyam daripada bahan yang senang dilengkung dan dijalin seperti rotan, buluh, mengkuang, purun, bemban dan lain-lain. Menganyam bakul bermula dari dasar membawa ke atas bagi semua reka bentuk. Apabila selesai ukuran yang dikehendaki, anyaman dikemaskan dan dimatikan dengan jalinan rotan halus atau bemban, ataupun diapit dengan gelang rotan atau buluh di mulut bakul dan kemudian dijalin untuk meneguhkannya. | BUDAYA | Kraf Tangan |
| PERISAI | PERISAI, alat penangkis dan pelindung daripada pukulan atau tikaman. Perisai terawal yang direkodkan dibentuk menggunakan kulit kayu tebal yang dijalin. Ia berukuran lebih kurang 45 cm hingga 60 cm lebar dan 90 cm hingga 120 cm panjang. | BUDAYA | Alat/Alatan |