Termogandingan ialah peranti elektrik yang menukarkan haba kepada tenaga elektrik atau tenaga elektrik kepada haba. Termogandingan dibuat dengan memintal hujung dua dawai berlainan jenis, seperti besi dan tembaga, untuk membentuk simpangan . Hujung yang satu lagi juga dipintal untuk membentuk satu lagi simpangan. Jika satu simpangan dipanaskan, ammeter yang disambungkan kepada satu daripada dawai di antara simpangan akan menunjukkan pengaliran arus termoelektrik (dijana oleh haba). |