SEKOLAH | Sekolah ialah institusi yang menyediakan pendidikan. Kebanyakan sekolah boleh dijelaskan sebagai bangunan yang sering dikunjungi oleh kanak-kanak dan remaja untuk belajar membaca, menulis, matematik, sains, pengajian sosial, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ciri sesetengah sekolah berlainan daripada sekolah biasa. Contohnya, ramai kanak-kanak Australia yang tinggal di ladang biri-biri yang jauh dari bandar, mendapat pendidikan harian di rumah melalui radio dan televisyen. Guru mereka berada di studio yang menyiarkan maklumat dari jarak jauh. Murid-murid berbual dengan guru melalui sistem radio dua hala. Sekolah udara ini bukanlah bangunan yang dikunjungi oleh pelajar untuk mendapatkan pelajaran, tetapi masih dianggap sebagai sekolah. Di pusat jagaan kanak-kanak atau tadika , anak kecil yang dianggap murid tidak akan belajar membaca, menulis, dan mengira. Bagaimana pula dengan universiti yang menerima pelajar dewasa? Bolehkah ia dianggap sekolah? | UMUM | |
ARARAT | Ararat ialah tempat bahtera Noah mendarat selepas Deluge mengikut Bible. Dalam Bible, kisah ini dijelaskan dalam Genesis 6-8. Ararat adalah kawasan yang dikelilingi Tasik van di Armenia purba, kini bahagian Turki. Ramai orang percaya bahtera Noah berada di Gunung Massis, gunung tertinggi di Ararat, kini dikenali Gunung Ararat. Walau bagaimanapun, terjemahan dalam bahasa Aramaik dan Syriac menjelaskan bahtera ini mendarat di gunung di Kurdistan yang terletak di tenggara Tasik Van. Kawasan Ararat dinyatakan dalam II Kings 19:37 dan Isiah 37:38. Laluan ini digunakan oleh anakanak raja Assyria Sennacheris yang melarikan diri ke Ararat selepas membunuh ayah mereka. | UMUM | |
QUARTER DAYS | Quarter days adalah empat hari yang setiap satunya menandai permulaan suku pertama dalam setahun. Secara tradisinya, hari ini dianggap sebagai hari untuk menyelesaikan hutang tertentu, yang mesti dijelaskan dalam bentuk ansuran dalam tempoh suku tahun, seperti bil elektrik, gas, dan bil telefon. | UMUM | |
RESIT | Resit ialah pernyataan bertulis tentang pembayaran yang dilakukan oleh seseorang kepada seseorang yang lain. Resit juga adalah pernyataan bertulis yang menjelaskan barang-barang atau harta yang dipindahkan daripada pemilikan atau tanggungan seseorang kepada seseorang yang lain. Resit ialah bukti bahawa sesuatu urus niaga telah dijalankan. Ada tiga jenis resit, iaitu resit penuh, resit sebahagian (apabila sebahagian daripada jumlah penuh dijelaskan), dan resit untuk akaun tertentu . | UMUM | |
BERZANJI | BERZANJI, puisi yang tergolong dalam genre dikir atau zikir yang merupakan salah satu daripada 12 genre puisi Melayu tradisional. Perkataan ‘berzanji’ dalam bahasa Melayu terdiri daripada perkataan ‘Barzanji’ yang sebenarnya nama pengarang puisi tersebut, iaitu al-Saiyyid Jaafar al-Barzanji yang meninggal dunia pada tahun 1766. Keterangan tentang nama pengarang ini dijelaskan dalam barzanji nathar. Bagaimanapun berdasarkan bentuk dan isi, umum berpendapat barzanji nazam juga ditulis oleh pengarang yang sama. | SASTERA | Konsep |
SEPUTEH | SEPUTEH, petempatan lama pada abad ke-5 M. yang terletak di daerah Lampung, selatan Sumatera, Indonesia. Daripada catatan Fa-Hsien, pendeta Buddha, nama Seputeh ialah Yeh-Po-Ti. G.E. Gerini berpendapat bahawa Yeh-Po-Ti terletak di pantai timur Sumatera, tetapi lokasinya tidak dijelaskan. Penulis dan beberapa sarjana lainnya berpendapat bahawa Yeh-Po-Ti adalah transliterasi daripada nama Seputeh, daerah sekitar Sungai Seputeh, pantai timur Lampung. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG | LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG, sebuah badan berkanun di bawah pengawasan Kementerian Pertanian. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah ditubuhkan pada 14 Februari 1973 sebagai badan berkanun persekutuan menerusi akta yang diluluskan iaitu yang dikenal sebagai Akta Pertubuhan Peladang 1973. Di bawah Seksyen 4 Akta ini, dijelaskan tujuan penubuhan LPP iaitu: | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
TIMUR JAUH | Timur Jauh ialah istilah yang kadangkala digunakan untuk merujuk pada bahagian yang paling timur di Asia. Mengikut tradisi, istilah ini digunakan untuk merujuk pada negara China, Hong Kong, Jepun, Korea, Macao, Taiwan, dan timur Siberia di Rusia. Wilayah ini, tidak termasuk Siberia timur, kini sering disebut sebagai Asia Timur. Makna bagi istilah Timur Jauh kadangkala diperluas hingga merangkumi Asia Tenggara. Negara-negara Asia Tenggara terdiri daripada Brunei, Myanmar, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam. Istilah Timur Jauh dicipta oleh negara Eropah. Wilayah ini terbentang jauh ke timur Eropah. Lihat juga rencana tentang negara-negara dan unit politik lain yang dijelaskan dalam rencana ini. | UMUM | |