BERENDOI | BERENDOI, seni pentas yang dipersembahkan sempena upacara mencukur rambut anak yang baru lahir. Apabila umur anak itu genap tujuh hari, dijalankan upacara mencukur rambut serta naik endoi (buai). Pada ketika anak itu selamat dinaikkan ke endoi, beberapa peserta dijemput khusus untuk berdikir atau memulakan persembahan dikir berendoi. Peserta ini memakai baju Melayu dengan kain pelekat atau pantalon, bersongkok atau berkopiah. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
YAMTUAN ANTAH | YAMTUAN ANTAH ( ? -1887), Yamtuan Negeri Sembilan (1876-1887). Nama penuh baginda ialah Tunku Laksamana Antah ibn Almarhum Raja Radin. Baginda pernah memakai gelaran Alwatak birabbi-ghapur Yamtuan Tunku Antah Seri Menanti ibn Almarhum Yamtuan Raja Radin @ Almalikulmanan al-Sultan Tunku Antah ibn Almarhum Raja Radin. Baginda ialah putera Yamtuan Radin dan cucu kepada Raja Lenggang (raja yang terakhir dijemput dari Minangkabau untuk dirajakan di Negeri Sembilan). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |