PODZOL | sejenis tanih yang biasa dijumpai di kawasan pantai dan kawasan yang lebih nyaman di Australia atau di New Zealand. | UMUM | |
IKAN SUMPIT | Ikan sumpit atau archerfish ialah mana-mana dari enam jenis ikan kecil yang dijumpai di India hingga ke Filipina, Indonesia dan Australia | UMUM | Umum |
SKROL LAUT MATI | Skrol Laut Mati merupakan manuskrip purba yang berasal dari Palestin. Skrol ini dijumpai di dalam gua padang pasir berhampiran pantai barat Laut Mati (lihat Laut Mati [peta]). Kumpulan pertama skrol ini ditemui pada tahun 1947 oleh budak gembala di dalam gua di Wadi Qumran (Lembah Qumran). Pada akhir tahun 1940-an dan awal tahun 1950-an, ahli kaji purba dan orang Badwi telah menjumpai sepuluh lagi gua yang mengandungi tulisan purba ini. | UMUM | |
DIGITALIS | Digitalis ialah sejenis dadah yang amat kuat. Ia dibuat daripada daun kering purple foxglove, tumbuhan yang biasa dijumpai di kawasan pepohonan dan tama. Ia mendapat nama saintifik foxglove (lihat Foxglove). | UMUM | |
BURUNG WAXBILL | Burung waxbill ialah mana-mana satu daripada sekumpulan burung kecil yang berwarna-warni yang suka memakan biji-bijian, dan dijumpai di Afrika, Asia, dan Australia. | UMUM | |
MAKMAL POLIS | Makmal polis ialah makmal tempat pakar menganalisis, mengenal pasti, dan mentafsir bukti yang berkaitan dengan jenayah. Serpihan kaca atau pistol yang dijumpai bersama orang yang disyaki mungkin padan dengan pecahan kaca atau peluru yang diambil dari tempat kejadian jenayah. Pola kesan darah berhampiran mayat boleh menunjukkan bagaimana pembunuhan dilakukan. Bukti lain termasuk dokumen, ubat, narkotik, serat, cap jari, bulu, rambut dan tanah. Pasukan polis yang besar menyelenggara makmal sendiri. | UMUM | |
MAKHLUK ANGKASA | Makhluk angkasa merujuk kepada kehidupan atau makhluk cerdik yang berasal dari tempat yang lain selain bumi. Makhluk seperti ini belum pernah dijumpai. Walaupun begitu, kajian tertentu, termasuk kajian kosmologi (sejarah alam semesta) dan kajian fosil dan geologi di bumi telah menyebabkan ramai ahli sains percaya bahawa kehidupan atau makhluk seperti ini mungkin wujud. | UMUM | |
AZURIT | Azurit ialah mineral yang mengandungi kuprum. Formula kimianya ialah Cu 3 (CO 3 ) 3 (OH) 2 . Ia dinamakan azurit kerana warnanya biru azure. Ia biasanya dijumpai bercampur dengan mineral kuprum hijau yang dikenali sebagai malakit . Walaupun ia mungkin merupakan bijih kuprum yang tidak penting di peringkat awal kerja melombong kuprum, azurit digunakan terutamanya dalam barang kemas. Pigmen biru azurit pernah digunakan dalam lukisan. Sumber utama hablur azurit ialah Tsumeb dan Namibia. tetapi, hablur azurit yang paling sempurna datang dari Chessy, Perancis. Lihat juga Mineral (gambar: Azurit). | UMUM | |
PISAU TEMBELING | PISAU TEMBELING, alat batu seakan-akan beliung. Pisau ini dijumpai oleh I.H.N. Evans di sekitar Sungai Tembeling, iaitu di Nyong pada tahun 1930-an. Pisau ini dinamakan Pisau Tembeling sempena dengan nama tempat ia dijumpai. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Alat/Alatan |
ZINJANTROPUS | Zinjantropus ialah makhluk bak manusia yang dipercayai oleh kebanyakan ahli antropologi hidup kira-kira 1 750 000 tahun dahulu. Tengkorak fosil Zinjantropus dijumpai pada tahun 1959 oleh ahli antropologi British, Mary D. Leakey di Olduvai Gorge di utara Tanzania. Ia adalah satu daripada petanda awal bahawa makhluk bak manusia primitif pernah hidup di timur Afrika. | UMUM | |