EKOTAK | Ekotak lihat Arkeologi (Apa yang dikaji oleh ahli arkeologi; gambar). | UMUM | |
SPEKTROMETER | Spektrometer ialah alat yang menyebarkan cahaya menjadi spektrum dan mempamerkannya untuk dikaji. Atom atau molekul semua bahan mengeluarkan cahaya apabila dipanaskan ke suhu tinggi. Pola cahaya yang dikeluarkan berbeza bagi setiap bahan. Oleh itu, pakar boleh mengenal pasti sesuatu bahan atau menentukan komposisi kimianya dengan menganalisis spektrumnya. | UMUM | |
ORNITOLOGI | Ornitologi ialah kajian saintifik tentang burung. Ia termasuk pemerian, sejarah, dan pengelasan burung, taburannya, aktivitinya, kepentingan ekologinya, dan nilai ekonominya kepada manusia. Aktiviti burung yang dikaji oleh ahli ornitologi termasuk pengawanan, pengeraman, pemeliharaan anak, pencarian makanan, penerbangan, pemanduan arah, dan perhijrahan. Fotografi digunakan untuk mendokumentasi aktiviti burung, dan rakaman dibuat tentang bunyi burung. | UMUM | |
BAHASA MELAYU PADA PRASASTI DI MANILA | BAHASA MELAYU PADA PRASASTI DI MANILA, bahasa yang terpahat pada prasasti di Manila yang ditemui pada tahun 1987 tetapi baru dikaji pada awal tahun 1990. | BAHASA | Konsep |
TERMAN, LEWIS MADISON | Terman, Lewis Madison (1877–1956) ialah ahli psikologi Amerika yang menjadi terkenal kerana kajiannya tentang kecerdasan. Pada tahun 1916, ketika mengajar di Stanford University di California , Amerika Syarikat, Terman mengkaji semula ujian kecerdasan Binet-Simon yang ditulis dalam bahasa Perancis yang digunakan oleh para pelajar yang berbahasa Inggeris. Ujian yang dikaji semula ini, yang umumnya dikenal sebagai ujian Stanford-Binet, menjadi salah satu ujian yang digunakan dengan meluas untuk menguji keupayaan belajar. Terman bersama-sama dengan Maud A. Merrill, seorang lagi ahli psikologi dari Stanford, membuat dua lagi kajian semula ujian tersebut. Hasil kajian mereka diterbitkan pada tahun 1937 dan tahun 1960. | UMUM | |
FONOLOGI BAHASA MELAYU | FONOLOGI BAHASA MELAYU, sistem bunyi bahasa Melayu. Tujuan utama kajian fonologi adalah untuk menemui prinsip-prinsip yang mendasari sistem bunyi sesuatu bahasa itu di samping menemui jumlah fonem di dalamnya. Pada umumnya, fonologi dikaji dengan mengumpulkan bunyi-bunyi bahasa dalam sesuatu bahasa itu untuk dibanding-bandingkan sehingga perbezaan antara bunyi itu terserlah dalam konteks fonem, fitur distingif atau unit fonologi yang lain, mengikut kerangka teori yang digunakan. | BAHASA | Bahasa |
MISA MELAYU | MISA Melayu, karya sastera sejarah Melayu tradisional. Misa Melayu telah dikarang oleh Raja Chulan ibni Raja Abdul Hamid pada abad ke-18. Satu versi hikayat ini yang dikaji oleh Wintedt mencatat tahun 1252 H. Bersamaan 1836 M. Misa Melayu memulakan perceritaan tentang sejarah negeri Perak dengan pemerintahan Almarhum Jalilullah. Pengarang banyak menumpukan perceritaan pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Sultan Muzaffar Shah bersemayam di Kuala Kangsar sementara adindanya, Sultan Muhammad Syah, bersemayam di Pulau Tiga. Untuk mengelakkan Perak daripada berpecah dua, Sultan Muzaffar Syah mengahwinkan puterinya, Raja Budak Rasul, dengan putera Sultan Muhammad Syah, Raja Muda Iskandar Syah. Sultan Muzaffar Syah memerintah Perak dengan Iskandar Syah sebagai Raja Muda. Sultan Muzaffar Syah memerintah dengan baik dan berjaya mematahkan rancangan Raja Halim menderhaka padanya. | SASTERA | Karya |
BRANDES, J.L.A | BRANDES, J.L.A. (1857-1905), pengkaji bahasa Austronesia. Nama sebenarnya ialah Jan Laurens Andries Brandes. Dia berasal dari Belanda. Dia banyak menghasilkan penulisan dalam bidang filologi, bahasa Melayu dan kesusasteraan Jawa kuno dan moden. Disertasi untuk ijazah Doktor Falsafah yang berjudul “Perbandingan Tatabunyi antara Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia Bahagian Barat” yang disiapkan pada tahun 1884 di Utretch, merupakan kesinambungan daripada hukum bunyi yang dikaji dan dikemukakan oleh Van der Tuck. | BAHASA | Tokoh |
NABI ZULKIFLI A.S. | Nabi Zulkifli a.s.ialah salah seorang nabi daripada nabi-nabi Allah. Nabi Zulkifli a.s. ialah anak kepada Nabi Ayyub a.s. Nama asalnya ialah Bashar. Allah SWT mengutusnya selepas Nabi Ayyub a.s. Nabi Ayyub a.s. menamakan anaknya Zulkifli kerana menanggung beban hasil ketaatannya kepada Allah SWT dan dapat mengatasinya. Nabi Zulkifli a.s. tinggal di Syam. Nabi Zulkifli a.s. telah menjamin kaumnya demi untuk menyempurnakan kehendak mereka dan memerintah mereka dengan adil. Nabi Zulkifli a.s. bukanlah nama yang disebut dalam hadith Nabi. Orang Damsyik mendakwa makamnya terletak di gunung Qasiyun di Damsyik. Al-Qur''an tidak banyak menyebut namanya seperti nabi-nabi lain. Manakala dakwah, risalah dan kaum Nabi Zulkifli a.s. tidak dibentangkan sama ada secara ringkas mahupun secara lengkap. Oleh itu, dinasihatkan agar bentuk dakwah yang disampaikannya tidak dikaji secara mendalam. | UMUM | |
DIALEK MELAYU BANJAR | DIALEK MELAYU BANJAR, dialek Melayu yang dituturkan oleh lebih kurang dua juta orang di Pulau Borneo, terutamanya di Propinsi Kalimantan Selatan, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Timur, serta beberapa ribu orang lain di Sumatera dan Malaysia. Selain jumlah penutur yang besar itu, banyak karya sastera yang ditulis dalam bahasa Melayu yang dipengaruhi dialek Banjar, misalnya Hikayat Banjar. Dialek itu juga diperkaya dengan tradisi sastera lisan yang masih berkembang dalam pelbagai genre. Akhir-akhir ini, sastera rakyat itu mula dikaji dan didokumentasikan. Begitu juga, sejak tahun 1977, para sarjana Indonesia giat menjalankan penyelidikan tentang tatabahasa dan penyebaran dialek Banjar. | BAHASA | Bahasa |