PIDATO UMUM | Pidato umum. Latihan dalam pidato umum yang berkesan merupakan satu bahagian penting dalam latihan kepemimpinan dalam apa juga bidang aktiviti. Pemidato yang menyampaikan mesej dengan baik dan berjaya mengekalkannya dikatakan sebagai pemidato yang berkesan . Jika mereka cuba menjadikan sesuatu maklumat fakta itu jelas, maka mereka dikatakan berkesan sekiranya anggota khalayak yang mendengarnya memahami fakta yang disampaikan. Jika mereka cuba memujuk anggota khalayak bersetuju untuk berbuat sesuatu atau mengubah pandangan mereka, maka pemidato itu dikatakan berkesan apabila anggota khalayak itu membuat keputusan untuk mengambil tindakan atau benar-benar mengubah pandangan mereka. Jika pemidato itu cuba menghiburkan khalayak mereka, mereka dikatakan berkesan jika khalayak mereka mempamerkan sambutannya melalui tepukan gemuruh atau ketawa sebagai menandakan mereka terhibur. | UMUM | |
EMOSI | Emosi selalu dikatakan sebagai perasaan tentang sesuatu atau reaksi sesuatu kejadian atau pemikiran. Ada emosi yang menyeronokkan dan ada emosi yang tidak menyenangkan. | UMUM | |
BIGFOOT | Bigfoot ialah makhluk yang seakan-akan manusia yang dikatakan hidup di barat daya Pasifik Amerika Utara. Orang Kanada menamakannya sebagai Sasquatch. Cerita tentang bigfoot ada persamaan dengan cerita Abominable Snowman, haiwan berbulu panjang yang dikatakan mendiami banjaran Himalaya dan di kawasan pergunungan yang lain di tengah dan timur laut Asia (lihat Abominable Snowman). | UMUM | |
SEMANTIK | Semantik , dalam logik, ialah kajian tentang tanda dan simbol, termasuk perkataan, yang dikatakan bermakna. Ia juga adalah kajian mengenai bagaimana kelakuan manusia dipengaruhi oleh kata-kata, sama ada dituturkan oleh orang lain atau kepada diri sendiri dalam fikiran sendiri. Dalam filologi, iaitu kajian saintifik mengenai bahasa, semantik digunakan untuk dimaksudkan kajian sejarah mengenai perubahan makna perkataan. | UMUM | |
ABOMINABLE SNOWMAN | Abominable Snowman dikenali juga sebagai Yeti , ialah sejenis makhluk yang dikatakan pernah menghuni di Gunung Everest dan beberapa gunung lain di Banjaran Himalaya di Asia. Makhluk seperti ini juga dilaporkan ada ditemui di kawasan terpencil di China, Siberia, dan tempat lain di Asia. Mengikut legenda, Abominable Snowman, ialah seekor haiwan berbulu tebal, bertubuh seperti monyet besar, dan menyerupai manusia. Ia mempunyai lengan yang panjang hingga ke lutut, dan berjalan tegak dengan kaki yang besar. Legenda juga menceritakan bahawa Abominable Snowman kadang-kadang turun dari gunung dan menyerang penduduk kampung. Nama Abominable Snowman mungkin berasal dari terjemahan metoh kangmi, iaitu nama bagi makhluk ini dalam bahasa Tibet. Nama Yeti pula berasal daripada bahasa kaum Sherpa dari Nepal. Mungkin nama yang diberikan ini dikaitkan dengan haiwan memamah segala-galanya dan mungkin juga merujuk kepada raksasa gunung dan bukannya makhluk sebenar. | UMUM | |
NOTTINGHAMSHIRE | Nottinghamshire ialah sebuah kaunti di tengah England . Ia masyhur kerana legenda Robin Hood, yang dikatakan tinggal di Hutan Sherwood dengan kumpulan penjahatnya. Kini, kaunti ini dikenali kerana industri penting seperti pembuatan basikal, pakaian, tembakau, dan ubatan. Ia juga dikenali kerana kaya dengan lombong batu arang, dan juga kerana Renda Nottingham. | UMUM | |
DUBOISIAS | Duboisias ialah pokok kecil di Australia yang mengandungi sap beracun. Orang Asli Australia dikatakan telah menggunakan sap ini sebagai narkotik dan juga untuk memerangkap burung emu dan ikan. | UMUM | |
ADJEKTIF | Adjektif ialah sebahagian daripada ucapan yang memerikan, mengekod atau membataskan kata nama atau kata ganti. Adjektif dikatakan menerangkan kata atau kata ganti nama. | UMUM | |
SINDROM MARFAN | Sindrom marfan ialah kerosakan yang bercirikan keabnormalan rangka, mata, dan jantung. Sindrom marfan disebabkan oleh kecacatan genetik yang dikatakan menjejaskan pertumbuhan sesetengah tisu perantara tubuh. Mereka yang menghidapi sindrom marfan biasanya meninggal dunia sebelum berusia 50 tahun, yang selalunya diakibatkan oleh komplikasi jantung. | UMUM | |
ANTHONY OF PADUA, SAINT | Anthony of Padua, Saint (1195–1231), pemimpin agama Kristian dan pengkhutbah ternama pada zamannya. Banyak kejadian ajaib dikatakan berlaku kepada Anthony, sama ada semasa hayatnya atau selepas kematiannya. Jasad Anthony disemadikan di sebuah gereja yang dibina di Padua, Itali sebagai penghormatan kepadanya. Gereja tersebut kemudiannya menjadi tempat suci yang menjadi tarikan ramai penziarah yang ingin memohon pertolongannya sebagai santo. | UMUM | |