PEMPROSESAN GAS | Bidang kejuruteraan yang berkaitan dengan pemprosesan, penghantaran, pengagihan, dan penggunaan gas. Kejuruteraan gas ialah satu bidang yang luas dan mencakupi pelbagai disiplin. Bidang lain yang berkaitan dengan kejuruteraan gas ialah kejuruteraan sivil, mekanikal, elektrik dan kimia. Walau bagaimanapun, kejuruteraan gas dikategorikan sebagai subbidang kejuruteraan kimia. Jika ditinjau dari aspek aktiviti untuk memanfaatkan bahan petroleum, kejuruteraan gas ialah aktiviti bahagian hiliran berbanding bidang kejuruteraan petroleum yang melibatkan aktiviti huluan, iaitu eksplorasi dan pengeluaran bendalir petroleum. Kejuruteraan gas merupakan penghubung antara pengeluar bendalir petroleum dengan pengguna bahan tersebut. Kejuruteraan gas juga merupakan bidang yang kompleks kerana melibatkan orang ramai yang berbeza latar belakang sehingga perlu ditangani dengan sempurna terutamanya yang melibatkan aspek keselamatan harta benda dan jiwa. | KEJURUTERAAN | Disiplin Ilmu |
CANDI BOROBUDUR | Candi Borobudur ialah stupa Mahayana Buddha yang terbesar dan terkenal di dunia. Ia dikategorikan antara monumen yang terhebat di dunia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
GERAKAN PADRI | GERAKAN PADRI, gerakan reformasi Islam secara radikal di Minangkabau pada awal abad ke-19. Gerakan Padri atau Pidari yang ertinya mungkin ‘orang dari Pidie’, mempunyai tiga tujuan iaitu berusaha mengadakan pembaharuan kehidupan keagamaan, penyebaran Islam ke Tapanuli Selatan dan penentangan terhadap kekuasaan Belanda. Gerakan parti dapat dikategorikan dalam tiga tahap, iaitu reformasi Islam dan konflik sosial (1803-1821), campur tangan Belanda dan perang saudara (1821-1832) dan penentangan rakyat terhadap Belanda (1833-1841). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |