Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERMAINAN ELEKTRONIK

Permainan elektronik ialah bentuk permainan

yang dikawal oleh sebuah komputer yang sangat

kecil, dikenali sebagai mikropemproses. Semua

permainan elektronik mempunyai atur cara (program

iaitu set suruhan untuk komputer ). Kebanyakan alat

permainan elektronik disambungkan ke skrin video.

Oleh sebab itu, permainan ini sering juga dipanggil

permainan video .

UMUM 
TERSEDU

Tersedu ialah pengambilan udara secara

mendadak dan tidak dapat dikawal yang

disebabkan oleh kekejangan diafragma. Diafragma

ialah otot yang besar, kuat, dan berbentuk kubah

yang terletak di bawah rongga dada. Ia mengecut

dan mengendur untuk membawa udara masuk ke

dalam paru-paru dan mengeluarkannya.

UMUM 
MULTIMEDIA

Multimedia ialah kombinasi teks, grafik, bunyi,

fotograf, filem, dan media lain yang dikawal oleh

komputer. Program multimedia boleh digunakan

dalam pendidikan, hiburan, latihan kerja, dan

pelbagai bidang lain.

UMUM 
KEKEJANGAN

Kekejangan ialah penguncupan satu otot atau

lebih, yang menyakitkan dan tidak dapat dikawal.

Kekejangan mungkin melibatkan sebarang bahagian

otot tubuh. Mungkin hanya satu spasma

(penguncupan otot) yang terjadi, tetapi biasanya ia

diikuti oleh lebih banyak kekejanganan yang

bermula dan berakhir dengan cepat dan mendadak.

Spasma yang teruk mungkin berterusan selama

beberapa jam, malah berhari-hari jika tidak dirawat.

UMUM 
NUMEROLOGI

Numerologi ialah amalan menggunakan

nombor untuk menganalisis keperibadian dan

meramal masa hadapan. Ia berasaskan

kepercayaan bahawa alam semesta dikawal oleh

hukum-hakam angka dan bahawa setiap nombor

mempunyai kuasa dan kualiti khas. Kebanyakan

ahli sains percaya bahawa numerologi tidak

berasaskan sains, tetapi ramai orang di seluruh

dunia mengamalkannya.

UMUM 
LEUKEMIA

Leukemia ialah sejenis barah yang disebabkan

oleh sel darah putih tak normal yang membiak

dengan cara yang tidak dapat dikawal. Sel tak

normal ini mengganggu penghasilan sel darah

putih normal yang melawan jangkitan penyakit.

UMUM 
ORBIT

Orbit ialah laluan objek semula jadi atau objek

buatan yang bergerak di bawah suatu daya pusat.

Dalam bidang astronomi, istilah orbit merujuk

secara khusus kepada laluan sebarang objek yang

pergerakannya dikawal oleh tarikan graviti objek

lain. Ahli astronomi menamakan salah satu

daripada dua objek yang lebih berjisim itu

sebagai primer , dan objek yang kurang berjisim

itu sebagai sekunder . Bulan, umpamanya, ialah

sekunder dan berpusing mengelilingi primernya,

bumi. Bumi, sebaliknya ialah sekunder yang

bergerak mengelilingi primernya, matahari. Kapal

angkasa menjadi sekunder kepada bumi atau

planet lain, atau sekunder kepada bulan atau

matahari.

UMUM 
DANDELION

Dandelion ialah bunga liar berwarna kuning

cerah yang tumbuh di laman dan padang

rumput. Di seluruh kawasan beriklim sederhana

di dunia, tukang kebun menganggap dandelion

sebagai rumpai yang mengganggu yang sukar

dikawal.

UMUM 
TANGOR

Tangor ialah buah sitrus yang tergolong dalam

famili mandarin (lihat Mandarin ). Ia dihasilkan

melalui pendebungaan silang antara tangerin

dengan oren. Induk tangor jarang diketahui dengan

pasti, kecuali buahnya terhasil daripada program

pembiakan baka tumbuhan yang dikawal dengan

teliti. Tangerin Temple dan Tangerin Honey adalah

antara tangor yang paling penting ditanam pada hari

ini.

UMUM 
ZEPPELIN, FERDINAND VON

Zeppelin, Ferdinand von (1838–1917) ialah

perintis Jerman yang masyhur yang mencipta

kenderaan yang lebih ringan di udara. Dia

mencipta pesawat udara daripada beg gas, yang

disokong oleh kerangka ringan di bahagian

dalamnya. Pesawat udara ini dikuasai dan dikawal

oleh enjin.

UMUM 
12

Kembali ke atas