Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikebumikan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
‘ABDULLAH IBN JAHSY

‘Abdullah ibn Jahsy (? –3 H./? –625 M.), sahabat

besar dan termasuk golongan yang terawal

menerima Islam. Nama penuhnya ialah ‘Abdullah

ibn Jahsy al-Asadiy, saudara Zaynab bin Jahsh Umm

al-Mu’minin. Dia berhijrah ke Habsyah dan ke

Madinah. Dia turut serta dalam Perang Badar dan

menjadi anggota mesyuarat Rasulullah SAW

bersama-sama dengan Abu Bakar dan ‘Umar dalam

menentukan kedudukan tawanan perang tersebut.

Rasulullah SAW telah menghantarnya mengetuai

kumpulan tawanan perang yang dibebaskan. Dia

juga turut serta dalam Perang Uhud dan mati syahid.

Dia dikebumikan bersama-sama bapa saudaranya Hamzah

ibn Abd al-Muttalib dalam satu liang lahad.

UMUM 
SEVEN SLEEPERS OF EPHESUS

Seven Sleepers of Ephesus , menurut legenda

purba, ialah tujuh remaja beragama Kristian yang

telah melarikan diri ke kawasan pergunungan

berhampiran Ephesus di Asia Kecil, untuk

menyelamatkan diri daripada penganiayaan oleh

Maharaja Decius pada tahun 251 M. Orang yang

mengejar mereka telah menemui tempat

persembunyian mereka dan menyekat jalan masuk

ke situ. Dua ratus tahun kemudian, seorang

penggembala terserempak dengan gua tersebut

dan menemui ketujuh-tujuh remaja tersebut

sedang nyenyak tidur. Apabila dia

mengejutkannya, mereka mengatakan bahawa

mereka baru tidur  satu malam sahaja. Salah

seorang daripada mereka pergi ke Ephesus untuk

mencari makanan dan membayar dengan

menggunakan duit syiling yang berusia 200 tahun.

Remaja itu telah ditangkap kerana disyaki sebagai

pencuri harta karun. Walau bagaimanapun,

Maharaja Theodosius II percaya bahawa satu

keajaiban telah berlaku dan membawa remaja itu

dalam satu perarakan besar-besaran ke gua

tersebut. Kemudian, dia membina sebuah gereja

dan kawasan perkuburan yang besar di situ

sebagai memperingati peristiwa itu. Ketujuh-tujuh

lelaki itu hidup tidak lama. Kesemuanya meninggal

dunia pada masa yang sama dan dikebumikan di

tempat mereka pernah tidur.

UMUM 
SAFIYYAH BINT ‘ABD AL-MUTTALIB

Safiyyah bint ‘Abd al-Muttalib (?–20 H. / ?– 641

M.) ialah ibu saudara Rasulullah s.a.w. dan

juga ibu Zubayr ibn Awwam. Dia ialah seorang

daripada 10 orang yang dijanjikan syurga oleh

Rasulullah s.a.w. dan dia juga adalah seorang sahabat

nabi. Pada zaman jahiliah, dia berkahwin dengan

Harith ibn Harb ibn Umayyah. Dia kemudiannya

berkahwin dengan Awwam ibn Khuwaylid dan

mempunyai beberapa orang anak termasuk al-

Zubayr. Safiyyah bint ‘Abd al- Muttalib memeluk

Islam dan memberikan taat setia kepada Islam serta

turut berhijrah ke Madinah. Dia turut serta dalam

Perang Uhud dan Perang Khandaq. Dalam Perang

Uhud, dia berdiri dengan memegang sebatang

lembing yang dihalakan kepada orang ramai sambil

berteriak: Adakah kamu menerima kekalahan dan

meninggalkan Rasulullah?”. Dalam Perang al-Ahzab,

dia membunuh seorang Yahudi yang mengintip

orang Islam. Oleh itu, dia dikatakan wanita yang

pertama membunuh seorang lelaki Musyrikin. Dia

juga ialah seorang penyair yang berkebolehan. Dia

mencipta syair untuk meratapi Rasulullah s.a.w. serta

saudaranya Hamzah ibn ‘Abd al-Muttalib. Dia

meninggal dunia pada zaman Khalifah ‘Umar ibn al-

Khattab dan dikebumikan di al-Baqi‘.

UMUM 

Kembali ke atas